Bab 11 : Dikawal

358 21 0
                                    

Kelihatan seorang lelaki bermata emas sedang memijak belakang Kamal.

“Kamal!” Pearl muncul dari celah semak.

“Akhirnya kau muncul juga, pemilik rantai,” Pearl terus memegang rantainya.

Kamal mula tidak sedarkan diri.

Semua pahlawan mula mendapat ingatan mereka kembali.

Masing-masing memegang kepala sendiri.

“Saya dah ingat!” kata mereka.

“Siapa kau?! Dan kau nak apa hah!” tanya Pearl dengan nada marah.

“Saya cuma nak kuasa kau,” perlahan-lahan lelaki itu mendekati Pearl.

Hilman, Hilmi, Berahim, Charlie, Danial dan Izzul terus menyerang lelaki itu.

“Pearl, cepat lari!” kata Ethan, sambil menggunakan kuasanya untuk membawa Pearl pergi dari situ.

“Kamal cedera parah tu. Kalau tak rawat dia dengan segera..,” sedih Pearl, mereka berhenti berlari.

Tiba-tiba tanah bergegar.

“Nah, Pearl,” Danial muncul dari bawah tanah lalu membaringkan Kamal di depan Pearl.

“Terima kasih, Danial,” lalu Danial kembali berlawan manakala Pearl merawat Kamal.

“Kamal, tolonglah bangun,” menitis air matanya sambil menggunakan kuasa penyembuhnya.

“Er..Pearl…maafkan saya..,” perlahan suara Kamal, mula membuka matanya.

”Jangan cakap, Kamal. Tunggu saya selesai rawat awak ni,” balas Pearl.

“Saya…minta..maaf..sebab menipu awak…untuk mengembalikan ingatan..kawan awak.. Saya..risau yang awak akan..pergi selepas mereka..ingat awak,”

“Apa yang awak mengarut, Kamal! Saya takkan tinggalkan kawan-kawan saya! Tanpa kalian, saya takkan berada di sini,” makin deras air mata Pearl gugur.

“Pearl..,” terharu Kamal dan Ethan.

“Adakah saya tertinggal sesuatu yang penting?” mereka bertiga terus memandang tuan punya suara itu.

“Hilman! Hilmi! Berahim! Izzul! Charlie! Danial!” terbeliak mata Pearl apabila ternampak pahlawannya itu berada dalam belon yang terapung di atas langit.

Lelaki itu memetik jarinya.

Belon tersebut pecah lalu pahlawan tersebut mula terjatuh.

“Jangannnn!” menjerit Pearl.

“Fuh..nasib baik sempat selamatkan mereka,” kedengaran suara di belakang lalu Pearl dan Ethan menoleh.

“Fitri…,” tersenyum Pearl melihat Fitri muncul dan menyelamatkan pahlawan yang terapung itu.

“Hiakk!” kelihatan Ali sedang berlawan dengan lelaki itu.

“Jom Ethan,” lalu Fitri dan Ethan menyertai Ali.

Pearl berusaha merawat mereka.

Tiba-tiba sebatang dahan melalui pipi kanan Pearl sehingga menyebabkan pipinya berdarah.

Pearl terus menoleh ke arah dahan tersebut dibaling.

“Saya dah puas main ni. Adakah kau dah puas bermain, pemilik rantai?” terkejut Pearl melihat Fitri, Ethan dan Ali seperti dihempap sesuatu yang lutsinar.

Pearl berdiri menghadap lelaki itu.

“Lukman, saya tahu apa yang berlaku pada awak pada masa lepas. Awak dan seorang perempuan sentiasa bergaduh dan bersaing. Tetapi, sebenarnya awak nak menarik perhatian dia saja, kan? Tetapi, pada suatu hari, sesuatu yang pelik telah berlaku pada kampung,”

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now