Bab 9 : Zombi

377 22 0
                                    

Kelihatan terdapat sebuah rumah lama di sebuah kampung.

“Huh huh,” kedengaran bunyi nafas Pearl yang terbaring di atas tilam dalam sebuah bilik.

Dia terdengar perbualan orang lalu dia membuka matanya.

“Mustahil dia tak boleh sembuh, doktor!”

“Maafkan saya. Saya sudah cuba yang terbaik. Harap encik dapat menerima takdir ini,” doktor itu memegang bahu lelaki itu sebelum beredar.

Lelaki itu mengelap air matanya sebelum masuk ke dalam bilik Pearl.

“Oh? Awak dah bangun rupa-rupanya,” lelaki itu mendekati Pearl.

Pearl duduk dengan bantuan lelaki itu.

“Jamie, jom kita main,” ajak Pearl.

“Awak larat ke nanti?” risau lelaki itu.

“Macamlah awak tak kenal sepupu awak ni. Jomlah main. Boringlah asyik baring je,” Pearl membuat muka comel.

“Yelah yelah. Tak payahlah nak buat muka cute tu,” geli hati Pearl.

Lelaki itu datang setiap hari untuk bermain dengan Pearl. Dia suka meniru suara orang lain menyebabkan Pearl sentiasa ketawa.

Pada suatu malam, penyakit Pearl semakin teruk.

Lelaki itu terbangun dari tidur kerana mimpi ngeri.

“Mimpi ngeri?” dia terasa sesuatu lantas terus ke bilik Pearl.

“Pearl! Pearl!” Pearl terasa bahunya digoncang lalu dia membuka matanya.

Pearl melihat pahlawan-pahlawannya berada di sisinya.

“Apa dah berlaku?” tanya Pearl.

“Huu…akhirnya Pearl sedar juga,” Berahim mengelap air matanya.

“Apalah kau ni! Dia takkan matilah!” geram Hilmi.

“Kau pun menangis tadi,” perlahan suara Izzul.

“Kenapa?” pelik Pearl.

“Tadi akak pengsan. Kebetulan kami terjumpa klinik. Kalau tak, tak tahu apa akan berlaku kat akak nanti,” jawab Ali.

“Klinik? Di tengah-tengah hutan?” pelik Pearl, berbisik dalam hatinya.

“Dah-dah. Puas hatikan pesakit dah sedar? Keluar sekarang. Pesakit perlukan rehat,” seorang lelaki berbaju doktor menghalau mereka keluar.

“Kami tunggu di luar ye, Pearl,” kata Fitri.

“Kau jaga dia tau,” Danial memberi amaran pada doktor itu.

“Saya  doktorlah!” Doktor itu terus menutup pintu lalu berjalan ke arah Pearl.

“Haish mereka ni. Risau sangat kat awak,”

“Jamie?” perlahan suara Pearl terkejut melihat wajah doktor itu yang mirip dengan lelaki dalam mimpinya.

“Awak mesti seronokkan sebab ramai ambil berat kat awak,” doktor tersebut menyuntik Pearl.

“Maafkan saya jika mereka menyusahkan doktor pula,” kata Pearl.

Doktor tersebut memeriksa suhu badan Pearl.

“Tak apa. Saya faham yang mereka tu risau. Masa mereka sampai di depan klinik ni, macam nak roboh pintu dibuatnya,” tersenyum Pearl mendengar doktor itu bercerita.

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now