Kelihatan pahlawan-pahlawan sedang berlawan dengan babun-babun.
Mereka berjaya mengalahkan semua babun tersebut.
Pada malam itu, mereka tidur mengelilingi unggun api.
Pearl tidak dapat tidur lalu dia berjalan menuju ke sungai.
Pearl memandang air sungai tersebut lalu dia mencangkung. Pearl teringat peristiwa apabila mereka diserang.
“Kenapa saya asyik dilindungi? Kenapa saya tiada kuasa untuk berlawan? Kenapa saya ni lemah sangat” kata Pearl bersendirian.
“Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Orang di sekeliling kita yang akan melengkapi kita, sebab kita saling melengkapi,” Pearl teringat buku usang yang dipinjamnya di perpustakaan.
Tiba-tiba Pearl terdengar bunyi desiran udara lantas dia terus berdiri.
Dia ternampak bayang orang di seberang sungai.
“Siapa tu?!” tanya Pearl. Bunyi gitar kedengaran.
Pearl mengalihkan pandangan ke belakang sebelum menoleh semula pada bayang orang itu. Terkejut Pearl apabila bayang orang tersebut sudah hilang.
Pearl masuk ke dalam hutan untuk mencari punca bunyi gitar yang menyakitkan telinganya itu.
“Hah?!” terkejut Pearl apabila dia ternampak pahlawan-pahlawan sedang berlawan antara satu sama lain.
“Berhenti! Kenapa korang berlawan ni?!” suara ketawa kedengaran dari atas pokok.
Kelihatan dua orang berambut panjang paras bahu sedang bermain gitar.
“Siapa korang, hah?! Apa yang dah korang lakukan pada mereka?!” geram Pearl.
“Hahaha. Kami, Hilman dan Hilmi, kembar yang paling digeruni. Kami hanya nak ‘menyatukan’ mereka saja,” lalu mereka main gitar mereka.
“Hati-hati!” jerit Fitri pada Pearl.
Tanah yang dipijak Pearl mula bergegar. Pearl sempat mengelak serangan Danial dari bawah tanah.
Pearl terduduk apabila Danial masuk semula ke bawah tanah kerana tidak stabil akibat gegaran yang kuat.
Pearl memandang pahlawan-pahlawannya.
Ali dan Berahim sedang bertarung, Charlie dan Fitri sedang berlawan. Wajah mereka kelihatan penat dan enggan untuk bertarung satu sama lain.
Tiba-tiba Danial muncul lagi. Terkejut Pearl namun dia berjaya mengelak serangan itu.
Sambil mengelak, Pearl memikirkan cara untuk menghentikan mereka.
“Ah!” Pearl tersungkur akibat tersadung pada akar pokok.
“Pearl!” risau pahlawan-pahlawannya.
“Hahahaha,” gembira Hilman dan Hilmi.
Mereka terhenti gelak apabila pipi mereka tercalar.
“Darah?” pelik mereka.
“Hentikan perbuatan korang sekarang,” Pearl memberi amaran selepas membaling ranting pokok sehingga pipi mereka berdarah.
“Berani kau merosakkan muka kami!!” naik angin kembar itu lalu memainkan bunyi gitar yang sangat menyakitkan telinga.
“Serang perempuan tu sekarang!” pahlawan-pahlawan tersebut cuba mengawal diri namun gagal.
Ketika mereka hendak menyerang Pearl, tiba-tiba mereka rebah.
Fitri berubah menjadi kancil manakala Ethan menjadi manusia.
“Apa dah jadi? Apa yang kau dah lakukan pada mereka?” terkejut Hilman dan Hilmi.
Pearl yang memanjat pokok mengambil kesempatan lalu merampas gitar dan mikrofon Hilman dan Hilmi.
“Kau! Huh?” terbeliak mata mereka apabila pokok yang mereka duduk bergegar akibat tanah yang dikorek oleh Danial semasa Danial hilang kawalan.
Kembar tersebut terjatuh ke dalam lubang yang besar. Nasib baik sempat Pearl memegang tangan mereka berdua.
“Jangan lepaskan tangan saya. Pegang kuat-kuat!” Pearl berusaha untuk menarik mereka keluar namun dia pula tertarik ke dalam lubang.
Kembar tersebut saling berpandangan lalu melompat keluar daripada lubang tersebut.
“Ahh..tolong saya..,” pinta Pearl apabila dia pula hampir terjatuh.
*******
“Fuh..nasib baik tak jatuh tadi,” lega Pearl.
“Terima kasih Hilman dan Hilmi sebab selamatkan Pearl tadi,” tersenyum Pearl.
“Kau masih boleh senyum lagi selepas apa yang telah kami lakukan tadi terhadap kau dan kawan-kawan kau?” pelik Hilmi.
Pearl tersenyum lalu memegang luka pada pipi mereka berdua.
“Saya tahu yang kamu berdua baik orangnya. Jadi, buat apa saya nak benci kat korang. Lagipun, saya dapat rasakan yang korang berdua dalam kesunyian,” tiba-tiba mata Hilman bertukar menjadi warna pink cair manakala mata Hilmi berwarna pink pekat.
Luka pada pipi mereka sembuh menggunakan kuasa Pearl.
“Pahlawan?” terkejut Pearl.
“Mak,” mereka terus menangis di pangkuan Pearl.
“Sejak kecil lagi kami terpisah dengan mak kerana kami diculik,”
“Kami rindu mak,” Pearl memujuk mereka.
Tidak lama kemudian, semua pahlawan itu sedang tidur. Pearl duduk sambil tersenyum memandang pahlawan-pahlawan tersebut.
“Boleh saya duduk?” kedengaran suara perempuan tua menegur Pearl.
“Oh makcik. Jemputlah duduk. Kenapa tiba-tiba guna badan Charlie lagi ni?” tanya Pearl.
“Makcik nak ucapkan terima kasih kepada Pearl sebab menerima kembar ni. Sebenarnya, merekalah anak-anak makcik,”
“Ye ke? Patutlah rasa macam ada kaitan je dengan Pearl. Makcik jangan risau. Saya akan menjaga mereka bagi pihak makcik,” tidak lama kemudian, roh makcik hilang manakala Charlie tidur terbaring.
“Nenek moyang Pearl, Sef, terima kasih sebab memberi kuasa baru tadi kat Pearl,” tersenyum Pearl sambil terbaring atas tanah memandang ke arah langit.
Pearl teringat apabila dia menidurkan semua pahlawan-pahlawannya dengan menggunakan kuasa barunya.
****
Keesokkan harinya, Pearl terjaga kerana terdengar suara seperti orang sedang bergaduh.
“Ada apa ni?” tanya Pearl lalu bangun.
“Akak, macam mana musuh semalam kita boleh ada di sini?” tanya Ali.
“Cakap korang nak apa dengan kami, hah?!” geram Charlie.
“Berani kau kawal kami,” sokong Danial.
“Sampai kami cederakan Pearl, orang yang telah menyelamatkan kami!” kata Ethan.
Hilman dan Hilmi terus melutut.
“Maafkan kami. Kami tidak bermaksud nak buat begitu,”
“Charlie! Danial! Ethan! Kawal diri tu. Kau pun, Berahim dan Fitri,” halang Pearl.
“Tapi Pearl..,” balas Ethan.
“Dah dah. Mulai hari ni, Hilman dan Hilmi akan sertai kita,”
“Tapi, kenapa?” pelik Berahim.
“Sebab semalam mereka telah selamatkan Pearl. Masa tu korang semua dah tertidur,” jawab Pearl.
“Sebenarnya, saya yang tidurkan mereka. Hehehe,” bisik Pearl dalam hatinya.
“Jadi, tiada bantahan kan?” tanya Pearl.
Semua pahlawannya hanya mendiamkan diri mereka.
“Bagus. Jom kita sambung perjalanan kita,” arah Pearl.
YOU ARE READING
[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Fantasy~My first adventure story~ -- Wattys 2018 Long List -- Pearl, seorang gadis yang mempunyai kuasa penyembuh dan pelindung. Merupakan waris kepada keturunan Sef yang mampu untuk membunuh Derora iaitu kuasa jahat yang ingin menakluki dunia. Dia mempuny...