Kelihatan pahlawan-pahlawan sedang berlatih manakala Pearl sedang duduk di bawah sebuah pokok sambil membaca buku tentang sejarah Sef yang dipinjam di perpustakaan.
“Apa yang akan berlaku jika mereka ingat Sef ye? Sebelum Sef mati, mereka semua enggan meninggalkan Sef. Jika mereka ingat tentang Sef, adakah mereka tetap nak bantu Pearl atau mereka akan kembali ke masa lepas?” tertanya-tanya Pearl sambil memegang rantai lehernya.
“Hah! Cakap apa tu sorang-sorang,” Jamie mengejutkan Pearl dari belakang.
Pearl terus menutup dan menyimpan buku tersebut ke dalam begnya.
“Mengejutkan orang je. Tak ada kerja ke sampai nak menyergah orang,” geram Pearl.
Mata Jamie sempat mengintai buku tersebut.
“Saja je. Tengok kau tu free je. Mereka tanya nak sambung perjalanan ke tak? Atau kau perlukan rehat lagi?”
“Macam perli je. Jomlah kita teruskan,” Pearl menggalas begnya lalu berjalan di hadapan Jamie.
Tangan Jamie mendekati beg yang digalas Pearl.
Apabila Ali mendekati Pearl, Jamie terus menarik semula tangannya.
“Kak dah rehat ke?” tanya Ali.
“Dah. Terima kasih sebab ambil berat. Jom kita gerak sekarang,” lalu mereka meneruskan perjalanan.
Hari semakin gelap. Kabus pula mula menebal.
Mereka bermalam di sebuah gua.
Mereka bergilir-gilir berjaga di pintu gua.
“Tebalnya kabus. Seram sejuk pula,” kata Charlie.
“Wuahh..mengantuknya,” menguap Hilman.
Tanpa mereka sedari, kabus mula memasuki gua itu.
Charlie dan Hilman yang sedang menjaga di pintu gua mula terlelap.
Pearl bermimpi semua kisah silam pahlawan-pahlawannya.
Di dalam mimpi Pearl, Pearl yang sedang berdiri turut menangis melihat pahlawan-pahlawan tersebut menangis apabila kehilangan orang yang mereka sayang.
Tiba-tiba muncul Sef, mengajak mereka untuk membalas dendam.
Mereka berperang menentang Derora.
Pearl mula menggigil ketakutan apabila melihat kehebatan kuasa jahat Derora.
Dalam keadaan itu, dia terasa tangan kanannya hangat dipegang lalu dia menoleh ke kanan.
“Sef?” rupa-rupanya Sef yang menggenggam tangannya.
“Pearl, maafkan saya sebab memberi beban yang berat ini kepada kamu. Saya harap kamu dapat menewaskan Derora demi keamanan dunia,”
“Tapi, saya tiada kuasa yang hebat untuk berlawan dengan Derora,” Pearl mula berasa resah.
“Pearl, kuasa yang hebat tidak wujud dengan sendirinya. Kuasa tersebut muncul di sini,” kata Sef sambil memegang dadanya.
“Hati?” tanya Pearl sambil memegang dadanya.
“Baiklah. Pearl, bangun sekarang dan teruskan perjalanan untuk mengumpulkan semua pahlawan kamu,” Sef menolak Pearl ke depan.
“Nanti, bagaimana saya nak cari Derora?” Pearl enggan melepaskan tangannya dari genggaman Sef.
Pearl terasa dirinya mula menjauhi Sef.
YOU ARE READING
[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Fantasy~My first adventure story~ -- Wattys 2018 Long List -- Pearl, seorang gadis yang mempunyai kuasa penyembuh dan pelindung. Merupakan waris kepada keturunan Sef yang mampu untuk membunuh Derora iaitu kuasa jahat yang ingin menakluki dunia. Dia mempuny...