Bab 8 : Malam Yang Panjang

380 24 0
                                    

Pada suatu malam di mana bulan sedang mengambang, kelihatan Pearl sedang berlari tercungap-cunggap.

"Macam mana saya boleh berpisah dengan Ali dan Charlie?" kata Pearl bersendirian.

Tiba-tiba dia ditarik ke semak.

“Ah!” Pearl terus menjerit.

“Shu!” kedengaran suara yang dikenalinya menyuruhnya diam.

“Ethan?” Ethan menggunakan kuasa halimunnya untuk menghilangkan dia dan Pearl.

“Apa dah berlaku sebenarnya?” tanya Pearl.

“Kami pun tak tahu. Masa tu, kami semua pandang bulan. Kebetulan bulan sedang mengambang. Lepas tu, tiba-tiba dia berubah rupa menjadi…,” sepasang mata yang berwarna coklat gelap muncul di sebalik batu yang sedang mereka berlindung.

-5 jam yang lalu-

Sedang Pearl dan pahlawan-pahlawannya sedang berjalan,  “Korang dengar sesuatu tak?” tanya Ethan.

“Bau orang. Arah sana!” tunding Ali lalu mereka ke arah tersebut.

Mereka ternampak seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan orang yang berpakaian seperti tentera.

Lelaki tersebut berada di dalam jaring. Mereka terus menyelamatkan lelaki itu.

Tentera tersebut berundur selepas memberi amaran kepada mereka, “korang akan menyesal,” Pearl terus merawat lelaki itu.

“Kejamnya. Tergamak mereka cederakan dia sampai parah macam ni,” ngeri Hilman.

Tidak lama kemudian, Pearl berjaya menyembuhkan kecederaan lelaki itu.

“Fuh..kita kena teruskan perjalanan ni,” kata Pearl.

“Tapi Pearl, kau baru guna kuasa kau. Berehatlah dulu,” risau Fitri.

“Betul tu kak,” sokong Ali.

“Tak apa. Pearl masih larat lagi,” bersemangat Pearl.

“Biar saya gendong dia,” lalu Ethan mengendong lelaki itu.

Mereka meneruskan perjalanan. Hari semakin senja.

Mereka berhenti berjalan lalu duduk di sebuah pokok yang rendang. Kepenatan Ethan.

“Korang duduk di sini dulu. Biar Pearl, Ali dan Charlie cari kayu api,” arah Pearl.

“Hah? Nak ikut juga,” kata Danial.

“Kau ikut kami cari makanan,” balas Berahim.

“Jangan nak mengada Danial,” sokong Fitri.

“Yang lain jaga lelaki ini ye,” lalu mereka mula berpecah.

Matahari mula terbenam.

“Rasanya dah cukup ni. Charlie! Ali! Jom kita balik,” akur Ali dan Charlie.

Tiba-tiba sekumpulan serigala mula mengepung mereka.

“Pearl, berdiri di belakang kami,” kata Charlie.

Lalu mereka mula berlawan. Serigala tersebut kalah lalu melarikan diri.

“Charlie! Ali! Korang ok?” risau Pearl.

“Kami ok” serentak mereka.

“Mari kita balik sekarang. Saya rasa tak sedap hatilah,” kata Pearl.

Berahim, Danial dan Fitri turut diserang oleh sekumpulan serigala.

“Nampaknya, kita dah jumpa makan malam kita,” sengih Fitri.

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now