Bab 17 : Pearl Hilang Ingatan?!

381 22 1
                                    

**Bab ni panjang sikit ye😅 Banyak idea pula. Hehe..Enjoy

“Ni mesti mimpi, kan? Kalau Pearl pejam mata, lepas tu buka, mesti Pearl dapat bangun dari tidur,” lalu Pearl menutup matanya.

Perlahan-lahan dia membuka matanya.

“Alamak! Mengantuk sangat ke sampai tak boleh bangun dari tidur ni? Mak…,”

Pearl mula menangis sambil menekup mukanya menggunakan begnya.

“Meeting meeting,”
Kamal yang paling tua dalam kalangan pahlawan memberi isyarat kat semua pahlawan lalu mereka berkumpul membuat bulatan, jauh sedikit dari tempat Pearl yang sedang menekup mukanya dengan beg.

“Pearl hilang ingatan,” ringkas percakapan Kamal menyebabkan semua pahlawan terdiam lama.

“Kenapa saat kemuncak ni pula dia nak hilang ingatan?” perlahan suara Lukman.

“Macam mana nak pulihkan ingatan dia?” cemas Izzul.

“…sementara..,” Kamal sambung percakapannya.

“Jadi, bila dia akan ingat balik?” tanya Berahim.

“Saya cadangkan kita buat macam ni…,” lalu Kamal meluahkan ideanya.

Kelihatan Pearl sedang bersandar pada pokok sambil melihat langit yang gelap.

“Langit yang gelap…dikelilingi hutan belantara…bersama-sama dengan 13 orang asing..apalah nasib…,” perlahan suara Pearl, air matanya masih mengalir mengenang nasibnya.

“Kak Pearl…,” perlahan suara Ali menegur Pearl dari belakang.

Pearl terus mengelap air matanya dan memandang ke arah Ali.

“Boleh saya duduk, kak?” tanya Ali.

“30 sentimeter,” ringkas jawapan Pearl lalu Ali duduk bersebelahan Pearl dengan berjarakkan lebih kurang 30sm.

“Kak Pearl, biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Ali. Saya…ialah orang pertama yang kak Pearl selamatkan,”

Pearl tertarik dengan cerita Ali.

“Setiap hari saya pasti akan pandang kak Pearl semasa kak Pearl pergi sekolah, sebab saya akan tersenyum bila lihat akak tersenyum sambil berlari pergi sekolah. Satu hari tu, berlaku kebakaran di tempat tinggal saya akibat perbuatan konco Derora. Masa tu, saya demam dan tinggal sorang-sorang di situ sebab yang lain pergi rombongan sekolah. Bila saya sedar, akak sedang menyelamatkan saya dari kebakaran tu. Akak juga yang ‘menghidupkan’ kuasa saya ni,” cerita Ali sambil menunjukkan kuasa apinya yang kecil di tapak tangan kirinya.

“Wahh…hebatnya kuasa adik,” kagum Pearl.

Ali tersenyum melihat Pearl senyum.

“Saya menjadi pahlawan untuk membalas dendam dengan Derora kerana dia, kakak saya mati dalam kebakaran. Tetapi hakikatnya, semasa saya masuk ke dalam rumah saya yang dibakar oleh konco Derora untuk menyelamatkan kakak saya, baru saya sedar bahawa kakak tiada di dalam rumah itu. Kakak berjaya keluar sebelum api marak. Selepas itu, saya cuba keluar dari rumah tu juga, namun api tersebut membentuk jadi dinding dan saya akhirnya terkorban sebab gagal menyelamatkan diri. Tapi, sebenarnya saya bersyukur juga sebab kakak selamat, tetapi selepas tahu ini angkara Derora, saya menjadi marah kerana Derora membunuh kakak ketika kakak sedang mengebumikan saya!”

Mengalir air mata Pearl mendengar cerita Ali.

Tabahnya seorang budak yang berusia 6 tahun ini. Jika saya, mungkin sedang seronok bermain dengan kawan-kawan yang seusia dengan saya tanpa memikirkan apa-apa. Fikir Pearl.

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now