Bab 18 : Gelombang Kedua

362 23 0
                                    

“Pearl?” kelihatan Pearl yang siap memakai beg galasnya berjalan ke arah semua pahlawan yang sedang buntu.

Semua pahlawan mendekatkan diri mereka dengan Pearl.

“Kita akan masuk ke dalam gelombang tu. Sebelum tu, buat dua kumpulan. Lukman dan Fitri berada di kumpulan yang berbeza. Semua mesti pegang tangan dan ikat tali ni kat pinggang masing-masing,” mereka hanya akur arahan Pearl.

“Adakah semua dah bersedia?” tanya Pearl.

“Dah!” bersemangat pahlawan-pahlawan.

“Fighting!!” mereka terus melompat masuk ke dalam gelombang itu selepas Lukman membatalkan kuasanya.

“Lukman! Fitri!” Pearl menyebut nama mereka apabila mereka semua mendekati cahaya yang terang.

Mereka selamat mendarat dengan bantuan kuasa Fitri dan Lukman.

“Ethan..Charlie…,” perlahan suara Pearl namun dapat didengari oleh pahlawannya lalu Ethan meng’halimunan’kan semua manakala Charlie menutup bau mereka.

“Nampaknya, kat sini pun malam,” seram Berahim.

Ali menerangkan kawasan mereka menggunakan apinya selepas mendapat isyarat Pearl.

“Oh? Adakah itu Black Cave?” tanya Hilman sambil menunding jarinya.

Mata Pearl tepat memandang Black Cave. Air liurnya ditelan.

“Pearl…Pearl!”

“Ye saya!” tersentak Pearl apabila Hilmi meninggikan suaranya, lalu Pearl menoleh ke belakang.

“Kenapa…semua pandang Pearl macam tu?” pelik Pearl kerana semua pahlawan memandangnya.

“Kak dah ingat balik ke?” tanya Ali.

“Ingat? Apa maksud Ali? Sesuatu dah berlaku ke?” pelik Pearl.

“Tadi…Pearl hilang ingatan,” jujur Berahim.

“Hilang ingatan? Ye ke?” semua angguk.

”Alamak. Mesti Pearl banyak menyusahkan korang. Maaf sangat-sangat,” tunduk Pearl.

Dia berasa amat bersalah. Sudahlah asyik dilindungi, boleh pula dia hilang ingatan.

“Taklah. Kami dapat lihat perangai kau yang ‘luar biasa’ je,” tergelak yang lain selepas Charlie berkata begitu.

“Ish korang ni,” merah muka Pearl.

“Jadi, bila kita nak serang Black Cave tu?” tanya Lukman.

“Emm..kita berehat 3 jam dulu sambil merancang strategi. Lepas tu, kita terus serbu Black Cave tu,” yang lain hanya akur.

“Eh? Korang dah dapat balik kuasa korang ke?” baru perasan Pearl apabila melihat beberapa pahlawan sedang berlatih.

“Aduh awak ni, Pearl. Habis yang tadi awak arahkan saya, Lukman, Fitri dan Ethan tu?” balas Charlie.

“A’ahkan…tak terfikir pula,”

“Hahaha. Inilah perangai Pearl yang asal,” geli hati Fitri.
Pahlawan yang lain turut ketawa.

Selepas 3 jam, mereka memulakan serangan.

Berahim, Izzul, Muhzan dan Lukman menyerang konco-konco Derora di luar Black Cave.

Hilman, Hilmi dan Danial menyerang di dalam manakala yang lain mencari Derora.

Pearl dan yang lain menemui suatu kepompong yang sangat besar dan mengerikan.

“Ini pasti Derora. Memang tak silap lagi,” yakin Ethan.

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now