“Kita teruskan perjalanan kita ke bandar”
“Pearl, betul ke keputusan kita untuk ke bandar ni?” tanya Berahim sambil berjalan di belakang Pearl menuju ke kawasan bandar.
“Betul tu,” sokong Charlie.
“Sebenarnya, pada malam semalam, makcik yang kita tumpang rumahnya tu kata, kat bandar ada makhluk yang membuat kecoh di bandar ni, mempunyai sepasang mata berwarna coklat,” jawab Pearl.
“Pahlawan ke?” tanya Ali.
“Mungkin,” ringkas jawapan Pearl.
“Dahsyatnya,” terkejut mereka apabila sampai ke bandar yang penuh dengan lubang-lubang besar.
“Makhluk apa agaknya yang membuat semua lubang ini?” tertanya-tanya Charlie.
“Siapa korang ni?” tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an.
“Kami…,” teragak-agak mereka.
“Kami baru sampai ke bandar ni. Jadi, kami tak tahu apa yang telah berlaku. Encik tahu apa yang telah berlaku di sini dan mana semua penduduk di sini?” tanya Pearl.
“Sini dah tak selamat. Seminggu yang lalu, tiba-tiba lubang misteri ni muncul. Dengar kata makhluk yang buat lubang ni sedang mencari sesuatu. Semua penduduk telah berpindah ke tempat lain,” jawabnya.
“Mencari sesuatu?” pelik mereka.
“Lebih baik korang pergi dari sini. Tak lama lagi hari senja. Biasanya dia muncul waktu malam. Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa berlaku, jangan kata yang saya tidak beri amaran pula,” lalu dia beredar.
“Pearl, lebih baik kita pergi dari sini,” takut Berahim.
“Tak…kita akan tunggu sampai malam,” nekad Pearl.
Sedih muka Berahim.
Malam mula menjelma. Pearl terdengar bunyi angin yang kuat lalu dia berdiri.
“Kenapa ni, Pearl?” pelik Charlie. Yang lain turut berdiri.
“Saya terasa sesuatu,” lalu Pearl mula berjalan menuju ke bandar.
Langkahnya terhenti apabila tanah bergegar. Mereka terhuyung-hayang.
“Harap-harap kita tak mati,” berdoa Berahim.
Tanah mula bergoncang. Tiba-tiba Pearl hilang keseimbangan badan lalu terjatuh dalam salah satu lubang misteri.
“Aah!” menjerit Pearl.
Kelihatan tanah meretak disebabkan gempa bumi. Di penjuru retakan tanah, seorang lelaki sedang meniarap.
Terkejut Pearl apabila dia berada di dalam retakan itu dengan berpautkan tangannya pada tangan lelaki itu. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh.
“Lepaskan saya, Danial! Nanti kamu jatuh sekali,” kata Pearl, mulutnya seperti dikawal.Batu-batu kecil daripada retakan itu mula jatuh.
“Saya takkan lepaskan tangan ni. Saya lebih rela terkorban untuk menyelamatkan orang yang saya cintai!” nekad lelaki tu.
“Danial..,” tiba-tiba penjuru retakan itu tidak mampu menahan mereka lagi.
Dengan sekuat hati, Danial mencampak Pearl ke atas manakala dia terjatuh ke dalam retakan itu.
“Pearl!” mata Pearl terus terbuka.
Kelihatan Ali, Berahim dan Charlie di sekelilingnya, lalu dia bangun.
“Apa dah berlaku?” tanyanya sambil memegang kepalanya.
“Tadi kamu terjatuh ke dalam lubang ni. Dan kami pun masuk ke dalam lubang ni,” cerita Charlie.
“Ali ada jumpa lorong tu,” kata Berahim sambil menuding jarinya.
“Kalau begitu, mari kita bergerak sekarang. Maaf sebab menyusahkan korang,” kata Pearl sambil berdiri.
“Harap tiada apa-apa berlaku lagi,” berdoa Berahim.
Dengan bersuluhkan api Ali, mereka mula menerokai lorong tersebut.
“Apa ni?” terkejut mereka apabila menemui satu ruang yang sangat luas.
Terdapat banyak barang termasuklah kereta dan bangunan di dalam lorong tersebut.
“Hati-hati semua,” risau Pearl.
“Apa ni?” Berahim ternampak sebatang panah tertacak lalu dicabutnya.
Tiba-tiba seekor cacing gergasi muncul dan bertindak liar.
“Apa yang kau buat, Berahim?” geram Charlie.
“Maafkan saya. Saya tak tahu pula panah tu milik cacing ni,” bersalah Berahim.
Masing-masing mula mengelakkan diri daripada serangan cacing itu. Namun, Pearl tidak sempat mengelak lalu terkena ekor cacing itu menyebabkannya terpelanting.
“Pearl!” terkejut ketiga-tiga pahlawan itu.
“Berani kau cederakan akak!” Ali memulakan serangan diikuti yang lain.
“Nanti!” terhenti mereka apabila terdengar jeritan Pearl.
Pearl mula bangun lalu mendekati mereka.
“Awak ok ke, Pearl?” tanya Charlie, risau melihat dahi Pearl berdarah.
“Saya ok,” jawab Pearl sambil mengesat darahnya pada dahi.
“Awak buat apa tu, Pearl? Nanti dia serang awak,” pelik Berahim apabila Pearl mula mendekati cacing itu.
Cacing itu mula meraung.
“Saya tahu apa yang awak cari. Tetapi, gadis itu telah lama mati…Danial,” perlahan suara Pearl.
“Tidak!! Dia masih hidup lagi!!” balas cacing itu.
“Danial, adakah gadis itu akan gembira jika melihat keadaan kamu ni sekarang? Biarlah dia gembira di atas sana,” pujuk Pearl.
Mata mereka bertentangan. Tiba-tiba cacing itu teringat tunangnya itu. Perlahan-lahan, cacing itu mula mengecut menjadi manusia.
“Maafkan saya…,” menangis Danial.
“Tidak mengapa. Semua manusia pernah melakukan kesilapan.” pujuk Pearl.
“Eh? Awakkan lelaki pagi tadi?” tanya Charlie.
“A’ahlaa,” baru perasan Berahim.
“Saya tahu awak bagi amaran kepada kami supaya kami tidak jadi mangsa awak, kan?” teka Pearl.
Danial menganggukkan kepalanya lalu berkata, “Saya dapat rasakan sesuatu di kampung ini. Sebab itu saya memberi amaran kat semua penduduk kampung ini. Setiap malam saya mencarinya, namun saya masih tidak menemuinya.”
“Saya tahu apa yang awak cari. Awak adalah salah seorang pahlawan Pearl. Jadi, apa yang awak cari selama ini, awak telah menemuinya. Kami pun macam awak juga pada mulanya. Tapi, selepas berjumpa dengan Pearl, baru kami tahu apa yang kami cari selama ini,” kata Charlie sambil memegang bahu Danial.
Ali dan Berahim serentak menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Cahaya matahari mula memancar wajah Ali.
“Dah pagilah,” kata Ali.
“Baguslah. Boleh kita sambung perjalanan kita,” lega Berahim.
“Betul tu. Tapi, sebelum itu..,” tersenyum Pearl.
******
Kelihatan penduduk bandar menuju ke bandar mereka itu.
“Eh?? Macam mana semua lubang misteri itu hilang?” terkejut mereka apabila mendapati bandar mereka seperti sedia kala.
YOU ARE READING
[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Fantasy~My first adventure story~ -- Wattys 2018 Long List -- Pearl, seorang gadis yang mempunyai kuasa penyembuh dan pelindung. Merupakan waris kepada keturunan Sef yang mampu untuk membunuh Derora iaitu kuasa jahat yang ingin menakluki dunia. Dia mempuny...