Bab 2 : Air Terjun

533 28 0
                                    

Kelihatan Pearl sedang mengemas barang-barangnya. Ibunya masuk ke dalam bilik Pearl.

“Pearl, perlu ke Pearl pergi?” tanya ibunya dengan nada sedih.

Pearl memandang ibunya. Dia teringat kejadian semalam apabila beberapa ekor babun menyerang mereka ketika mereka sedang tidur. Babun-babun itu menyerang untuk mendapatkan rantai yang dipakai oleh Pearl.

“Mak, Pearl terpaksa pergi. Pearl risau jika kejadian semalam akan berulang. Jika tiada Ali, pasti kita dah mati,”

“Tapi Pearl, di luar sana lagi bahaya nak,”

“Mak, ini sudah takdir Pearl. Sebab, Pearl ialah pewaris Nur Sofia Sufian atau dikenali sebagai Sef, yang dapat menewaskan Derora,” terbeliak mata ibunya.

“Pearl…tak..anak mak bukan pewaris Sef. Pearl hanya seorang gadis biasa yang berusia 16 tahun,” Pearl terus memeluk ibunya dengan erat.

“Maaf mak. Pearl terpaksa pergi. Tapi, Pearl janji yang Pearl akan kembali,”

Air mata ibunya mula mengalir. Di depan pintu keluar, “Mak harap anak mak bukan pewaris Sef,” Pearl memandang ibunya.

“Sebenarnya, selepas kematian Sef, anak, cucu, cicit Sef cuba memberi nama pada anak mereka Pearl, namun seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada nama itu. Bila giliran mak, mak cuba menyebut Pearl. Tiba-tiba anak mak tersenyum. Tapi, mak masih tak percaya yang anak mak ni pewaris sah Sef…sehinggalah..Pearl berumur 5 tahun, memegang jari mak yang luka terkena kaca..dan ianya sembuh sendiri,” Pearl terus memeluk ibunya.

“Terima kasih mak atas segala-galanya. Pearl janji yang Pearl akan pulang dengan selamat,”

****

Selepas itu, Pearl dan Ali pun bertolak dengan menaiki bas. Pearl termenung memandang ke luar tingkap sambil mengusap kepala Ali yang sedang tidur. Tiba-tiba bas tersebut hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung. Pearl tercampak keluar daripada bas menyebabkannya pengsan.

Tergambar sebuah situasi di mana seorang gadis sedang meminta tolong apabila dia ditarik ke dalam sungai. Menjerit Pearl kerana gadis yang ditarik itu adalah dirinya.

“Abang Berahim!” “Adik!” seorang pemuda terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya lemas.

Mata Pearl terus terbuka.

“Aduh..sakitnya…eh?” terkejut Pearl apabila lukanya sedang sembuh sendiri apabila dia meletakkan tangan kanannya pada luka tersebut.

“Ali!” Pearl terus ke arah Ali yang turut tercampak keluar dan terus menyembuhkan kecederaan Ali.

“Betul kata mak…Pearl ada kuasa penyembuh,” kata Pearl dalam hati.

“Ali, cepat bangun,” Pearl terus mengejutkan Ali apabila selesai merawat Ali.

“Kita kena jauhkan diri daripada orang ramai sebelum ramai lagi cedera,” kata Pearl dengan nada sedih sambil memegang erat mutiara pada rantai lehernya.

Selepas merawat kecederaan penumpang yang cedera, Pearl dan Ali masuk ke dalam hutan. Apabila penat berjalan, mereka berehat di sepohon pokok yang rendang.

Tiba-tiba Pearl terasa sesuatu melalui di sebelahnya. Pearl terus berdiri sambil menoleh ke kiri dan kanan.

“Kenapa akak?” pelik Ali.

“Bush!” kedengaran bunyi yang sangat kuat.

Pearl dan Ali bergegas ke arah bunyi tersebut. Apabila sampai di air terjun, terbeliak mata mereka apabila ternampak seorang lelaki terapung dengan panah yang tertusuk pada tangan kanannya. Di sekelilingnya mengalir darah yang banyak.

Pearl terus terjun dan membawa lelaki itu ke darat. Dengan menggunakan kuasanya, Pearl terus menyembuhkan kecederaan lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 20-an.

“Ali, tolong panaskan dia,” Ali hanya akur lalu membuat unggun api.

Tidak lama kemudian, lelaki itu terjaga.

“Sakitnya kepala. Kat mana saya ni?”

“Baguslah. Akhirnya encik terjaga juga. Tadi kami jumpa encik cedera di air terjun tu. Nama saya Pearl. Nama encik?”

“Saya Berahim” Tiba-tiba Ali terasa sesuatu.

“Kenapa Ali?” risau Pearl.

“Hati-hati kak. Mereka dah datang,” tiba-tiba sekumpulan babun datang mengepung mereka.

Malah, mereka juga yang telah menjatuhkan bas tersebut ke dalam gaung. Dengan menggunakan api, Ali terus menyerang babun-babun itu. Manakala Pearl membaling batu kat mereka sambil merawat Berahim yang masih belum pulih sepenuhnya.

Tiba-tiba babun itu menangkap tangan Ali dan mencampakkannya ke dalam sungai.

“Ali!” terkejut Pearl.

“Berani kau!” Pearl terus mencapai sebatang kayu lantas memukul babun itu.

Dengan senang, kayu tersebut hancur dikerjakan babun itu. Babun itu mencampak Pearl sehingga terhantuk pada pokok.

“Pearl!” tiba-tiba mata Berahim bertukar menjadi biru.

Air terjun seperti dikawalnya lalu menyerang dan menarik babun-babun itu ke dalam sungai. Semua babun itu tewas lalu hilang menjadi asap hitam. Berahim menghulurkan tangannya kat Pearl.

“Pahlawan Air?” tanya Pearl. Berahim hanya tersenyum.

[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEFWhere stories live. Discover now