Pearl melihat Ali dan kakaknya saling berpegang tangan sambil berjalan dengan riangnya di sebuah taman.
Ali ternampak Pearl yang sedang tersenyum berdiri memandang mereka.
“Kakak Pearl! Terima kasih,” lebar senyuman Ali.
Kakak Ali turut tersenyum memandang Pearl.
Selepas Ali dan kakaknya menghilang, Pearl ternampak Berahim dan adik perempuannya berjalan di taman bunga. Berahim dan adiknya menoleh memandang Pearl.
“Terima kasih, Pearl,” kata Berahim sambil tersenyum.
Selepas kelibat Berahim dan adiknya hilang, Charlie dan jirannya muncul.
“Pearl, terima kasih,” senyum Charlie dan jiran perempuannya sebelum menuju ke sebuah ladang.
Selepas Charlie menghilang, Danial dan tunangnya pula muncul dengan menaiki seekor kuda. Mereka berhenti di hadapan Pearl.
“Terima kasih, Pearl,”
Kemudian, Ethan dan adik susuannya memandang Pearl dari sebuah pokok.
“Pearl! Terima kasih!” jerit Ethan dari jauh. Wajahnya sangat ceria.
Selepas itu, Fitri dan kembar perempuannya muncul dengan keadaan mereka yang sedang bermain dengan gembiranya. Mereka terhenti bermain lalu memandang Pearl.
“Pearl, terima kasih,” kata Fitri sebelum menghilang.
Selepas itu, Hilman, Hilmi dan ibu mereka muncul di mana ibu mereka sedang mengusap kepada anak-anaknya. Mereka bertiga tersenyum memandang Pearl.
“Terima kasih, Pearl,” serentak mereka bertiga.
Kemudian, muncul Izzul yang sedang mengiringi tuannya.
“Terima kasih, Pearl,” senyum mereka sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Selepas Izzul menghilang, Jamie dan sepupunya muncul tidak jauh dari Pearl.
“Pearl, terima kasih ye,” senyum Jamie dan sepupunya itu sebelum mereka menghilang.
Kemudian, Kamal dan keluarganya muncul di sebuah taman menghijau sambil berkelah. Kamal ternampak Pearl lalu dia dan keluarganya menoleh memandang Pearl.
“Terima kasih, Pearl,” kata Kamal sambil tersenyum mendukung anak perempuannya.
Selepas mereka menghilang, Lukman dan pesaingnya muncul dengan keadaan mereka yang saling berpandangan sambil tersenyum. Lukman memberi isyarat kepada perempuan itu supaya mengalihkan pandangan mereka pada Pearl.
“Pearl, terima kasih,” senyum Lukman dan perempuan itu.
Selepas Lukman menghilang, Muhzan dan Sef muncul di hadapan Pearl.
“Terima kasih, Pearl,” kata Muhzan.
“Pearl, terima kasih kerana telah menunaikan janji dan berlawan bagi pihak saya,” ucap Sef sambil memegang pipi Pearl.
Air mata Pearl mengalir lantas terus memeluk Sef.
“Mak…,” tersenyum Sef dan Muhzan apabila Pearl berkata begitu.
“Maafkan Mak ye Pearl sebab terpaksa menghantar kau ke masa depan bersama-sama dengan pahlawan,” air mata Sef turut mengalir.
“Pearl tahu yang Mak lakukannya demi keselamatan Pearl juga. Dan ayah sentiasa melindungi Pearl. Terima kasih, Mak, ayah”
Muhzan mengusap kepala anak perempuannya itu.
Tiba di rumah, Pearl membaringkan badannya di atas katilnya sebelum rohnya keluar daripada tubuh yang dipinjamnya. Pearl memandang tubuh tersebut.
YOU ARE READING
[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Fantasy~My first adventure story~ -- Wattys 2018 Long List -- Pearl, seorang gadis yang mempunyai kuasa penyembuh dan pelindung. Merupakan waris kepada keturunan Sef yang mampu untuk membunuh Derora iaitu kuasa jahat yang ingin menakluki dunia. Dia mempuny...