“Si…siapa?” ketakutan Pearl.
Lelaki itu menoleh ke arah Pearl lalu melutut satu kaki.
“Terima kasih kerana memanggil saya ke sini,” pelik Pearl.
“Tapi, saya tak panggil awak, Muhzan,” balas Pearl.
“Apa yang cik Pearl fikirkan tadi menyebabkan saya boleh masuk ke dalam gelombang ini untuk membantu cik,” senyum Muhzan, matanya tiba-tiba berubah warna menjadi silver.
“Pah…lawan? Tapi, bukankah pahlawan semuanya ada 12 orang? Macam mana boleh ada yang ke13? Hah? Ada lagi penting! Mana 12 pahlawan dan Sef?” gelabah Pearl.
“Sef? Cik jumpa dengan Sef?” cemas Muhzan.
“Ye. Jangan panggil cik. Panggil Pearl je. Tadi kami jumpanya di istana sana…huh?” tiba-tiba Pearl teringat kembali peristiwa sebelum dia dicampak ke gaung.
Semasa dia pengsan di bilik Sef, dia terdengar perbualan Sef dengan haiwan kenit itu.
“Terima kasih budak hingusan kerana menyerahkan semua pahlawan kepada saya. Mesti nanti saya dapat naik pangkat. Hahaha. Korang semua, campak manusia ni ke curam sana. Sekarang! Biar saya ‘uruskan’ 12 pahlawan itu. Hahahaha,”
“Apa yang telah saya buat ni? Tadi….bukan Sef?” air mata Pearl mula mengalir.
Muhzan meletakkan tangannya pada bahu kiri Pearl.
“Jangan mudah berputus asa, Pearl,” kata Muhzan.
Pearl mengesat air matanya.
“Betul kata kamu, Muhzan. Kesalahan yang telah dilakukan, saya pasti akan membetulkannya semula. Mari Muhzan,” lantas mereka terus ke istana tersebut.
“Tunggu saya, pahlawan!” nekad Pearl.
Di dalam sebuah makmal, kelihatan 12 pahlawan itu berada di dalam silinder yang berisi air.
“Derora pasti bahagia apabila tahu kejayaan saya ni,” tiba-tiba pintu makmal itu musnah.
Terkejut penyamar Sef itu.
“Berani kau menipu saya! Pulangkan mereka pada saya sekarang!” Pearl terus menyerang penyamar itu namun dihalang oleh orang suruhan penyamar itu.
“Bunuh mereka!” arahnya.
“Pearl, biar saya selesai orang suruhannya ni. Pearl uruskan penyamar tu,” kata Muhzan.
****
“Hiak!” Pearl sedang berlawan dengan penyamar itu.
“Tak guna!” penyamar itu menekan satu butang pada mesinnya.
Buih-buih muncul di dalam silinder pahlawan-pahlawan itu.
“Apa yang kau buat, hah?” geram Pearl.
Tiba-tiba semua pahlawan itu hilang dan asap hitam muncul menuju ke leher penyamar itu.
“Cantik tak rantai saya ni? Terima kasih kepada kau. Akhirnya saya dapat kuasa baru. Hahaha!” Pearl tercampak ke dinding akibat kuasa yang terlalu kuat.
Pearl muntah darah.
Sepantas kilat, penyamar itu berada di hadapan Pearl.
“Selamat tinggal, budak mentah,”
Cahaya hitam keluar dari tangan penyamar itu.
“Dush!” Muhzan rebah di hadapan Pearl.
“Muhzan! Kenapa…kenapa kau lindungi saya?” menangis Pearl kerana serangan penyamar itu mengenai Muhzan yang cuba melindungi Pearl.
YOU ARE READING
[C] PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Fantasy~My first adventure story~ -- Wattys 2018 Long List -- Pearl, seorang gadis yang mempunyai kuasa penyembuh dan pelindung. Merupakan waris kepada keturunan Sef yang mampu untuk membunuh Derora iaitu kuasa jahat yang ingin menakluki dunia. Dia mempuny...