"sampai hati you lukakan hati I kan?" Zara menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya dan menangis dengan suara yang kedengaran.
"Hhmmph!! I dan banyak kali cakap dengan you yang I tak cintakan you. perhubungan kita berdua hanya berdasarkan paksaan keluarga dan demi bisnes. Dan I sekali lagi nyatakan, I tak suka dikawal dengan siapa I bergaul atau tidur." Darren hanya bercekak pinggang. Nampaknya terpaksalah dia mengambil personal assistant yang baru lagi, memandangkan Zara sudah pun memecat Jane, PAnya yang menggoda.
"You jangan nak mempermainkan I okay?? Ingat, I ada share sebanyak 50% dalam syarikat Darling Fashion Sdn Bhd ni. Kalau you nak jaga periuk nasi, jaga kelakuan tu dan jangan memalukan I."
Kadang Darren sering terlupa bahwa Zara ialah seorang yang keras kepala, degil dan sanggup melakukan apa saja demi menjaga air mukanya. Darren lalu menghampiri Zara, dan menarik pinggangnya rapat ke tubuhnya lalu membenamkan bibirnya ke bibir Zara.
"I minta maaf ye sayang? Okay kali ni, you yang pilih sendiri PA I ok?" akhirnya Zara mengukirkan senyuman.
"Okay kali ni I yang pilih. Ingat tau... Cuma I yang boleh sentuh you." ujar Zara dengan manja sambil membelai lembut rambut Darren.
Zara kembali mengunci bibir mereka berdua, sambil menarik tubuh Darren dan membawanya ke sofa yang berdekatan. Zara kemudian merebahkan tubuh mereka berdua ke sofa tersebut.
"Sayang, not here please. Sini kan office I. Tak manis." Dengan perlahan Darren menolak lembut dada Zara.
"Tahu pulak you office kan? Selama ni you romen- romen dengan PA- PA you tu, tak sedar pulak office ye?" sekali lagi Zara cuba untuk menarik tubuh Darren ke arahnya.
"It won't happen again I promise." Bisik Darren ke telinga Zara lalu menolak tubuhnya sekali lagi.
"Okay tak pe.. you reject I hari ni.. tapi nanti malam you mesti janji bawa I keluar dinner, lepas tu kita pergi rumah I. Mummy dan daddy pergi Singapore hari ni. So you tidur kat rumah I malam ni. Tak boleh bagi alasan!"
"I tak janji sayang.. sebab malam ni ibu dan ayah dah book I untuk dinner kat luar. Sorry, lain kali I keluar dengan you okay sayang?" Darren terpaksa berdalih untuk melepaskan diri dari Zara. Memang dia seorang kasanova, namun dia kasanova yang punya citarasa yang tersendiri. Tidak dinafikan, Zara ialah seorang yang seksi dan menggoda namun oleh kerana sudah lama mengenali hati budi Zara, ia membuatkan Darren rimas berada dekat dengan Zara. Cukuplah sekadar bercumbuan, itu pun sudah membuatkan Darren rasa cuak dan jijik.
Kalau bukan kerana menjaga hati keluarga, memang Zara sudah kenyang makan ayat sumpah seranah yang telah lama terbuku dalam hatinya.
"Ohh great!!! I will join you guys dinner malam ni.. woohooo!!! Lagi pun I rindu dekat ibu lahh." Rengekan manja Zara menambah kepahitan air liur Darren di dalam tekaknya. Ikutkan perasaan, ingin saja dicekiknya perempuan yang mengada- ngada itu.
"Oh tak bolehlah Zara. Ibu dan ayah cakap mereka nak bincang sesuatu yang personal."
"Tak apa la tu sayang. Tak lama lagi kita kan akan berkahwin. There will be no secrets between us. I can call ibu to ask if I can join the dinner tonight."
"Ehhh tak payahlah call ibu. Kita belum kahwin kot.. So for now, there are still secrets between us. Lagipun tak kan lah you nak bagi bad impression kat ibu kan? Nanti I keluar dengan you ye?"
"Urgh!!! Tak nak juga! I nak sentiasa bersama you lah." Rengek Zara sambil menarik- narik necktie Darren.
Dengan pantas Darren mencapai handphonenya dari dalam poket seluarnya.
"Hello? Ye Nazih? Ohhh ye aku hampir lupa.. kau kat mana sekarang ni? Aku baru keluar office ni. I'll see in you in 15 minutes." Cepat Darren memikirkan idea untuk melarikan diri dari Zara. Darren dengan tangkas keluar dari pejabatnya dengan handphonenya tetap dilekapkan ke telinganya.
Zara hanya termangu- mangu ditinggalkan di pejabat, lalu membentakkan kakinya.
---------------------------
Cast:
Mario Maurer sebagai Darren
Diana Daniella sebagai Zara
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...