Sebaik sampai di bilik, perasaan gementar bertandang kembali. Aku tak tahu nak buat apa. Encik Darren terus merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu. Aku berjalan ke 'katil'ku, lalu melabuhkan punggungku.
Aku melihat tiada pergerakan dari Encik Darren, sejak dia membaringkan badannya dari tadi. Badanku terasa melekit, kerana lebih dari separuh hari berada di luar. Aku melihat Encik Darren sekali lagi. Masih tiada pergerakan. Mungkin dia sudah tertidur, agakku. Aku kemudian membuka beg pakaianku, lalu mengeluarkan baju tidurku.
Oh tidak! Aku cuma membawa baju tidur sleeveless dan seluar pendek!! Baju yang lain hanyalah baju untuk site visit esok. Aku hanya membawa tiga pasang pakaian pejabat dan dua pasang pakaian untuk tidur. Aku memang sengaja tidak mahu membawa banyak pakaian memandangkan beg pakaianku kecil, dan aku bercadang untuk mencuci pakaianku setiap malam. Apa yang harus kupakai malam ni? Takkanlah pakai pakaian pejabat sebagai ganti baju tidur?
Aku lalu berdiri, dan membuka almari baju. Lega rasanya apabila melihat sepasang jubah mandi terlipat kemas di dalam. Aku mencapai jubah mandi itu, lalu mencapai baju tanpa lengan dan seluar pendekku. Dengan perlahan dan hati- hati aku menapak kaki ke bilik mandi, agar Encik Darren tidak terbangun.
Apabila pintu bilik mandi kubuka, alangkah gembira rasa hati apabila melihat sebuah tab mandi! Perkara yang membuatkan aku teruja, kerana mandi berendam bagiku adalah salah satu terapi untuk membuang stress.
Tanpa melengahkan masa, aku mengisi tab mandi dengan air panas sambil tanganku bermain dengan buih. Setelah paras air sudah mencapai kehendakku, aku masuk ke dalam tab mandi dan membaringkan tubuhku di dalam. Sungguh menenangkan dan selesa. Perlahan- lahan, aku terlelap.
Tok tok tok!
Aku tersedar dari tidurku.
"Delila? Are you okay?" Suara Encik Darren kedengaran. Aku tidak sedar berapa lama aku telah tertidur dalam tab mandi.
"Ye ye. I'm okay and still alive!" Sahutku kembali. Aku dengan cepat membersihkan tubuh dan rambutku dengan sabun. Selepas mengeringkan badan dengan tuala, aku memakai baju tanpa lengan dan seluar pendek, lalu mengenakan jubah mandi yang kuambil dari almari tadi. Dan terakhir sekali, aku mendandan rambutku dan mengenakan mekap seperti lazimnya.
Pintu bilik mandi aku tolak perlahan, dan aku melihat Encik Darren sedang duduk di birai katil mamandangku.
"Finally awak keluar. Awak memang biasa mandi satu jam ke?"
"Satu jam je? Ingatkan dah tiga jam saya dalam bilik mandi." Jawapku berseloroh.
"Memang semua perempuan mandi satu jam ke? Saya dari tadi nak buang air kecil tau."
"Perempuan lain manalah saya tahu bos. Saya tak pernah sebilik dengan perempuan lain. Saya rasa bos lebih tahu tentang ini." Balasku sambil ketawa kecil, dan encik Darren menaikkan keningnya sebelah dengan riak muka yang dibuat- buat marah.
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...