26: cemburu

16.5K 258 1
                                    

Delila's POV

Hubunganku dengan Nazih semakin rapat, namun aku cuma menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan. Nazih seorang lelaki yang bersopan santun dan menghormati kaum wanita. Meskipun aku acap kali menolak lamarannya untuk menjadi teman wanitanya, namun dia tidak pernah marah ataupun memaksa aku.

Aku melihat pantulan diriku di cermin. Blouse dan slack pants yang dihadiahkan tempoh hari oleh Nazih begitu banyak, dan dia bertegas ingin aku memakainya setiap kali keluar dengannya.

Malam itu Nazih mengajakku makan malam di sebuah hotel Royal Scott. Seperti biasa dia menjemputku di rumah.

Setibanya kami di sana, aku dibawa masuk ke sebuah dewan. Cahayanya malap dan cuma lilin- lilin yang dinyalakan. Nazih mengiringiku berjalan ke meja hadapan sekali. Aku sungguh terharu dan teruja dengan usaha yang dibuatnya. Ia adalah romantik dan tidak dijangkakan.

"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Delila... Happy birthday to you..." Tiba- tiba suara orang ramai kedengaran menyanyikan lagu harijadi, kemudian lampu semua dipasang. Farah kemudian muncul dengan sebiji kek, diiringi oleh beberapa teman sepejabatku.

Aku tidak dapat membendung air mataku yang bergenang lagi. Ini pertama kali aku diberi kejutan harijadi oleh orang lain selain keluargaku.

Setelah kutiup lilin, semua orang pun bersorak. Aku berpaling menghadap Nazih, dan justeru itu tangannya menyerahkan sebuah kotak kecil yang dibungkus dengan kertas bungkusan.

"Thank you Nazih." Aku menerima hadiah tersebut, justeru Nazih terus memelukku.

"Anything for you dear." Balas Nazih lalu pelukan dileraikan, dan dia mencium pipiku sekilas.

Sekali lagi orang bersorak. Aku menahan malu. Kemudian aku terlihat kelibat seseorang. Encik Darren! Dia hanya melihat aku dari jauh dengan riak wajah yang dingin.

"Wow! Delila, awak ni kan. Hebat! Dalam diam bercinta dengan Encik Nazih. Lepas ni takdelah orang nak buli- buli awak lagi beb." Suara Farah menegurku, lantas mengalihkan pandanganku dari Encik Darren.

"Hey! Kitorang takde apa- apalah. We're just friends okay?" Ujarku sambil membalas pelukan Farah.

"Yelah tu just friends. Cliche lah jawapan tu."

"Betullah. Tak bohong."

"Habis tu kenapa special sangat sambutan harijadi awak ni? Tak pernah- pernah dibuat Encik Nazih pun. Jangankan dia yang jarang kat ofis, Encik Darren sekali pun tak pernah celebrate birthday staff gah macam ni. Siap dengan kek 2 tingkat pula tu. Fuhh!"

"Ish awak ni kan. Saya cakap betullah. Tak payah fikirlah benda tu. Makan ni." Ujarku sambil menyerahkan potongan kek kepada Farah.

Kami berdua berbual sambil menikmati hidangan yang bertemakan barat. Musik dipasang bersesuaian dengan mood malam tu. Santai dan tenang.

Aku melihat Nazih dan Encik Darren tidak jauh dari aku. Mereka berbual dengan muka yang tegang. Mungkin bincang pasal kerja, aku tak tahu.  Tidak lama itu kedua mereka memandang tepat ke arahku. Aku jadi serba salah kerana ketahuan memandang mereka berdua, lalu dengan  cepat kualihkan pandangan.

Setengah jam kemudian, lampu ditukar menjadi malap, dan musik bertukar menjadi lebih perlahan dan romantik. Sedang aku dan Farah berbual, Farah menyikuku dan mejuihkan mulutnya ke sisi kanan. Aku menoleh ke kanan, dan melihat Nazih menghampiriku.

"Would you take my hand for a dance tonight, my lady?" Nazih membongkokkan badannya sedikit, lalu menghulurkan tangannya.

Rasa hati ingin menolaknya, namun memandangkan malam ini adalah usaha kerasnya untuk menjayakan kejutan harijadi ini, jadi aku menyambut tangannya.

Si Hodoh & Si KacakWhere stories live. Discover now