"Good morning, Delila." Sapa Encik Darren sebaik saja melihat aku.
"Morning, boss." Senyuman kuukirkan dengan penuh keikhlasan. Lega rasanya setelah melihat wajah yang ku rindui.
"How are you today? Masih letih tak balik dari Brunei hari tu?" Sempat dia menoleh ke belakang memandang wajahku.
"I feel refreshed and happy. Tak letih sangat. Cukuplah rehat kat rumah." Skirt labuhku aku cubit hujungnya dan kuhayunkan perlahan namun tak kelihatan Encik Darren, kerana ditutupi oleh mejaku.
"Good to hear that. Anyway, bring me a cup of milk coffee. Less sweet."
Biasanya kalau Encik Darren meminta minuman kafein, dia mungkin rasa mengantuk. Entah apa saja yang menyebabkannya lewat masuk tidur semalam.
Tanpa berlengah, aku menuju ke dapur dan menyediakan minuman yang dipinta kemudian menghantarnya ke bilik Encik Darren. Seperti biasa, pintu kuketuk perlahan sebelum pintu ku buka.
"Arghhh!" Aku separuh menjerit melihat Encik Darren dan Cik Zara bercumbuan sambil berpelukan.
Dengan cepat Encik Darren meleraikan pelukan, namun Cik Zara menariknya kembali ke dalam dakapannya. Aku dengan cepat meletakkan cawan kopi di atas mejanya, lalu berlalu pergi.
"Sayang, please continue. I rindu sangat- sangat kat you." Kata- kata yang penuh menggoda yang diucapkan oleh Cik Zara kedengaran, sebelum aku menutup pintu dan keluar meninggalkan sepasang kekasih itu.
Aku terus mengambil tempat dudukku. Hatiku berdebar takut jika dimarahi oleh Encik Darren seperti tempoh hari. Tapi mengapa debarannya diiringi dengan rasa sakit hati?
Apabila otakku memainkan kembali adengan yang baru kusaksikan, hatiku kembali sakit. Mungkinkah aku cemburu? Ah! Aku memang bodoh jika itu benar. Aku tidak harus membiarkan diriku bermain dengan perasaan yang boleh menjadi racun ini.
Aku mencapai fail dan membeleknya, namun apa yang aku baca gagal menembusi otakku. Sebaliknya gambaran adengan tadi yang asyik bermain di dalam otakku, dan pada masa yang sama, hati ini berulang kali dihiris.
"Helloooo Delila! I missed you!" Sahut Farah yang tiba- tiba datang entah dari mana.
"Eh, hello Farah! I missed you too, gorgeous!" Balasku sambil memeluk Farah kembali.
"Seronok tak vacation dengan prince charming?" Tanyanya dengan ketawa berdekit- dekit.
"Ee apalah awak ni. Gedik sangat! Tak ada yang special pun lah. Macam biasa lah meeting dan site visits. Tapi Brunei best! Tak ada traffic jam you. Very green and peaceful." Ujarku dengan penuh perasaan dan sesekali mata ku pejamkan.
"Mestilah best. Tambah lagi dengan lelaki kacak gituuu." Jari telunjuknya dikuis di sepanjang lenganku sambil keningnya dijongket- jongket.
"Takde maknanyalah. Tu hah princess kat dalam tu dengan prince charming." Bilik Encik Darren kutunjuk.
"Rindu le tu. Seminggu tak bersua muka." Ujar Farah dengan bersahaja.
"Biarlah diorang tu. Awak dah breakfast ke? Saya ada bawa mee goreng ni. Jom lah makan sama- sama." Plastik berisi bungkusan mee kuangkat separas dada dan kutayangkan di depan Farah.
"Yayy! My favourite!!! Saya beli apam balik tadi. Jom makan." Kami kemudian mengambil tempat duduk berdekatan, dan makan di meja kerjaku seperti biasa.
Sedang kami makan, tiba- tiba Cik Zara keluar dari bilik Encik Darren dengan senyuman lebar.
"Bye ladies. Enjoy your breakfast!!" Tangannya melambai kami. Dan aku sempat melihat bibirnya yang comot oleh gincunya.
"Wah wah wah. Sampai macam tu sekali bos kerjakan bibir dia." Bisik Farah sambil ketawa.
"Dah nama pun kasanova kan." Aku tak merasakan itu kelakar. Aku rasa jijik dengan lelaki yang mudah menyerahkan maruahnya, meskipun perempuan itu bukan cinta hatinya. Lelaki hipokrit dan miang. Itulah Encik Darren. Aku rasa aku membencinya pada ketika itu.
"Yelah kan.. Entah siapalah perempuan yang malang dapat kahwin dengan dia tu nanti. Awak rasa kan, selepas dia kahwin dia masih kasanova tak?" Farah berhenti mengunyah seketika dan memandangku.
"Ehh awak ni... Tak payahlah nak sibuk hal bos tu. Awak berangan nak kahwin dengan dia kan?" Mukanya kutolak perlahan dari memandangku.
"Eh, taklah. Tak nak aku ambil risiko. Daripada Encik Darren, lebih baik aku pilih Encik Nazih. Dia pun apa kurangnya. Kacak, gentleman, sopan santun dan yang paling penting bukan kasanova macam kawan dia kat dalam tu." Bukan main berangan lagi Farah, sambil menopang dagunya dan mendongakkan kepalanya sedikit ke atas.
"Kalau macam tu, awak pergi lah try dia. Awak pun apa kurangnya. Cantik macam model, sopan santun, tak tukar- tukar pasangan dan paling penting sekali ialah suka membawang." Kami berdua ketawa di hujung ayat, justeru Farah menampar lenganku.
"Jahatlah awak ni. Ish! Saya tak sentiasa membawang okay? Anyway, baru saya ingat. Minggu depan, company kita akan mengadakan camping di pantai. Pergi tau? Encik Nazih akan turut serta juga."
"Ye ke? Apa saja intipati acaranya nanti? Memang tiap tahun ada camping ke?"
"Tak lah setiap tahun. Setiap tahun memang akan diadakan aktiviti company. Tahun ni, department HR yang organise, so diorang pilih camping. Antara intipatinya nanti BBQ, bonfire, dan mungkin ada games kot."
"Ohh... Saya tengok la nanti macam mana ye? Saya tak minatlah benda yang macam ni. Nanti saya jadi tunggul pula kat sana tak tahu nak buat apa."
"Alaaa pergi je la. Temankan saya. Kat sana awak boleh tambah kawan."
"Nantilah saya fikirkan. Kalau rajin, ada lah batang hidung saya tu nanti."
------------------
"Delila, masuk jap!" Suara Encik Darren memberi arahan dari interkom.
Aku dengan segera masuk ke biliknya, dan berdiri di hadapannya. Dia sedang menaip di komputernya dan beberapa ketika aku hanya berdiri menunggunya selesai dengan tugasnya.
"Tolong aturkan meeting dengan Flashion, dan batalkan meeting dengan Glamco." Matanya masih setia memandang komputer tanpa memandangku.
"Okay bos. Ada apa- apa lagi?" Lama aku tunggu jawapan dari Encik Darren, sebelum dia bersuara.
"Hmm pasal tadi pagi tu. Minta maaf, awak tak sepatutnya melihatnya. Saya tak cium dia, dia yang... " Aku tergamam seketika. Aku sangkakan aku yang akan dimarahi, tetapi dia pula yang meminta maaf.
"Eh sepatutnya saya yang minta maaf dengan bos sebab masuk pada masa dan tempat yang salah." Dahiku berkerut kerana sedikit heran.
"Dia yang cium saya, bukan saya." Sesekali Encik Darren melihatku, kemudian pandangan beralih melihat komputer.
"Err why do you have to explain to me? Saya yang salah sebab menggangu privasi bos." Aku tak faham kenapa dia perlu membenarkan dirinya yang nyata- nyata memeluk kemas pinggang Cik Zara.
"Saya kena explain sebab saya tak nak awak salah faham. Selagi awak tak tahu kedudukan sebenar, selagi tu awak akan fikir bukan- bukan." Lidahku kelu tidak tahu nak cakap apa.
"Okay awak boleh pergi. Satu lagi, saya akan pergi camping tu minggu depan. So you have to be there as well." Matanya tetap tertancap pada komputer di hadapannya.
"Tapi saya belum dapat janji boleh pergi bos. Ada apa- apa yang boleh saya sediakan untuk camping tu ke bos?" Aku sudah sedikit gusar kerana aku lebih suka untuk tidak ikut serta acara sosial, tambahan lagi dengan teman- teman pejabat yang memang sudah membenciku.
"Awak kena pergi sebab awak PA saya. Okay, awak boleh keluar sekarang." Aku mengangguk faham, lalu beredar dari situ.
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...