🚫Kandungan untuk pembaca matang sahaja🚫
Darren's POV
Delila baru saja keluar dari bilik. Rancanganku gagal. Meskipun Nazih memberiku tempoh seminggu tetapi aku telah berjanji untuk 'menawan' Delila dalam masa sehari.
Argh!! Sekarang Delila sudah pun mengugut untuk melaporkan gangguan seksual jika aku menyentuhnya sekali lagi. Aku harus memikirkan cara lain.
Mengingatkan kembali kejadian tadi, meskipun aku tidak menyimpan secalit perasaan pun terhadapnya namun aku ikhlas ingin menawan daranya. Dah kira untung aku tolak tepi rupanya yang tidak cantik. Kalau nak kira sangat, dalam ofis ini memang ramai perempuan yang goda aku, namun aku tidak layan semuanya sebab aku mempunyai citarasa standard yang tinggi. Dan perempuan yang bernama Delila ni, dia tolak aku macam tu je.
Aku harus 'menawan'nya hari ini juga.
---------------------------------
Petang itu jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Mungkin dia sudah sedikit sejuk. Aku mencapai interkom, kemudian menekan butang.
"Delila, malam ni saya ada meeting dengan klien di Grand Hyatt Hotel pukul 8 malam. Tolong bawakan dokumen yang saya baru sain sebentar tadi nanti malam."
Mudah- mudahan dia tak bagi alasan.
"Baik bos." Fuhh lega rasanya. Malam ini kau akan kutakluki Delila.
---------------------------------------
Setibanya di hotel, aku terus ke grand suite yang telah ku tempah tadi pagi.
Meskipun aku kadang kala tidur di hotel dengan perempuan- perempuan, namun ini kali pertama aku menempah bilik paling mahal. Grand suite. Aku teruja melihat ruang yang luas dan selesa. Aku sengaja datang lebih awal iaitu 30 minit, kerana aku ingin mengubah suasana dan mood kepada romantik. Lampu yang bercahaya malap kupasang, dan aroma bunga lily memenuhi ruang. Aku juga memesan makanan yang aku pilih sendiri untuk makan malam.
Kira- kira pukul 7.55, Delila sudah pun menghantar teks Whatsapp menyatakan bahawa dia sudah pun berada di luar. Aku tidak lama itu, membukakan pintu dan Delila menyerahkan dokumen tersebut kepadaku.
"Ni dokumen yang bos nak tu. Saya boleh pergi sekarang ke bos atau bos nak minta tolong apa- apa lagi?"
"Masuk lah. Awak kena join meeting tu dan sediakan apa- apa yang kami perlukan nanti." Pintu kubuka luas dan ruang kuberikan, mengundangnya masuk ke dalam.
"Ohh okay baiklah." Delila hanya mengangguk dan menurut perintah.
"Awak duduklah kat sofa tu dulu. Makanan dan minuman dah tersedia. Help yourself."
Delila mengambil tempat duduk seperti yang diarahkan, dan aku juga mengambil tempat duduk berdekatan dengannya.
"Mana klien tu bos? Dah pukul 8 ni."
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...