10: Shopping Partner

17.8K 277 4
                                    

Keesokan paginya, badanku merasa lenguh teramat sangat. Besar kemungkinan kerana tidur di sofa semalam.

Setelah kami selesai bersiap, kami pun menikmati sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Makanannya sungguh menyelerakan dan mengenyangkan. Encik Darren juga menikmati sarapan pagi itu dengan muka yang terpancar kebahagiaan.

"How was your sleep last night Delila?" Tanyanya sambil memotong ayam menggunakan pisau.

"Okay." Senyuman kuhadiahkan di sebalik rasa lenguh badan. Aku tak nak terus terang, takut nanti dia rasa simpati dan menyuruh kami bertukar tempat tidur. Aku rasa tak senang jika diperlakukan begitu oleh seorang bos. 

"Err bos, boleh tak lepas selesai site visit, saya pergi ke kedai sekejap? Nak beli baju tidur."

"Mm okay tak ada masaalah. Kita pergi mall sini je ye? Pukul berapa site visit habis?"

"Okay thanks. Habis sepatutnya dalam pukul 2. Lepas tu dah tak ada program lagi." Encik Darren mengangguk tanda faham.

Selesai sarapan, kami dijemput oleh wakil syarikat IndoFashion dan dibawa terus ke tapak lawatan. Hari itu cuaca agak mendung jadi tidaklah teruk sangat panasnya. Sekitar pukul 2.30 petang, kami sudah pun dihantar pulang ke hotel.

---------------

"Bos, saya seorang je jalan pergi mall ye? Tak mungkin sesat kot. Kat bawah tu je." Aku lebih selesa jalan berseorangan. Rasa bebas untuk pergi ke mana- mana dan tanpa tekanan masa.

"Takpe lah... Saya temankan awak. Tak ada apa nak dibuat pun kalau duduk dalam bilik ni je. Lagi pun saya nak cari makanan nak alas perut."

Akhirnya aku pergi membeli- belah dengan Encik Darren. Mujur saja ada kedai yang menjual pakaian dengan harga yang mampu milik. Aku tidak suka dengan barang mahal, kerana jelasnya aku bukan dari keluarga yang berada untuk membeli barang yang jauh dari kemampuanku. Encik Darren hanya berjalan membuntutiku di belakang dengan setia. Kebanyakan masa kami hanya berdiam diri sepanjang di dalam mall.

"Bos, kalau bos nak pergi tempat lain bos jalan je lah. Dari tadi bos ikut saya dari belakang. Segan pula saya. Lagipun saya perasan banyak mata yang memandang kita, terlebih lagi yang memandang saya dari atas hingga ke bawah."

"Takpe. Tak ada tempat pun nak dituju. Saya selesa jalan santai macam ni. Tak perlu seganlah. Pedulikan pandangan orang lain. Kita memang tak boleh hentikan orang yang sering menghakimi kita kan?"

"Err bos tak malu ke jalan dengan saya? Bos kan kacak. Saya pula hodoh. Nanti orang label kita beauty and the beast."

"Malu jugalah tapi nak buat apa." Kenyataan tu membuatku terdiam seketika, sampailah Encik Darren tergelak ketawa melihat reaksi mukaku.

"Gurau la... Tak malu pun lah. Saya yang nak ikut awak tadi kan? Dah jangan fikir sangat tanggapan orang. Kalau awak nak, saya pimpin tangan awak. Biar orang ramai terbuntang mata tengok. Nak?"

"Eee tak nak lahhh!" Tolakku.

"Ouch! First time saya kena rejek oleh perempuan haha."

"Maaflah bos. Bos bukannya boyfriend saya pun nak pegang- pegang tangan."

"Saya gurau je. Saya pun tak nak pegang tangan awaklah."

"Saya tahulah bos gurau. Bos tunggu sini jap. Saya nak pergi fitting baju."

"Okay. Saya nak tengok baju yang awak fitting tu nanti. Awak keluarlah kejap dari bilik fitting room tu ye?"

"Eh tak payah lah bos. Saya tak perlu opinion bos."

Si Hodoh & Si KacakWhere stories live. Discover now