Hari ini merupakan hari ketiga, dan jadual hari ini ialah mesyuarat dari pagi hingga ke petang. Aku cuma diarahkan untuk duduk di luar bilik persidangan sementara Encik Darren berada di dalam bilik persidangan. Otak dah nak mereput macam si Aisyah. Tak ada benda nak buat. Facebook, instagram, beautifulnara, rotikaya dan playstore dah semua aku update. Bosan!
"Bos, boleh tak saya pergi ke mall hingga bos selesai meeting? Tak ada benda nak buat la." Teks Whatsapp kukirim.
"Awak nak ke mana tu?" Dalam masa 5 minit dah dapat balasan.
"Jalan- jalan je. Mungkin nak pergi spa selama 3 jam." Idea yang spontan dan baru saja aku fikirkan.
"3 jam? Lama sangat tu. Awak buat apa lama sangat kat spa tu?" Aduh, banyak tanya pula bos ni. Dia ni macam tak mesyuarat pula. Pantas je teks aku dibalasnya.
"Nak pergi urut kot. Lenguh badan. Lagipun dan lama tak pergi urut. Boleh ke tak bos? Kalau bos perlukan saya, saya tak akan kemana- mana."
"Okay awak pergilah. Hati- hati tau. Lepas tiga jam, terus datang sini. Jangan singgah tempat lain. Nanti sesat susah lagi cari awak."
"Okay bos. Thanks. See you later." Dengan hati yang melonjak- lonjak, aku hayunkan kakiku beredar dari sana.
Taklah lama sangat cari spa kat mall tu. Aku terus je masuk ke Essensual Touch Spa dan ambil pakej tiga jam.
Sungguh menyegarkan dan waktu yang aku nikmati sungguh dimanfaatkan. Tiada gangguan. Tiada tekanan. Urutan yang menghilangkan stress dan lenguh di leher. Memang puas hati. Rasa seperti sedang bercutilah pulak.
Selesai tiga jam, aku pun kembali ke bilik persidangan dan kembali duduk di luar. Setengah jam kemudian, mesyuarat pun selesai dan Encik Darren terus mendapatkan aku.
"Awak dah pergi spa ke tadi?" Soalan yang pertama keluar dari mulutnya.
"Ye bos. Ada dalam setengah jam dah saya kat sini." Senyuman kecil tanda gembira kukuntumkan.
"So how was it? Seronok ke?"
"Totally worth every penny! Leher dah tak lenguh lagi dah." Encik Darren kemudian mengerutkan dahinya.
"Dah kenapa dengan leher awak?" Aduh, aku terlepas cakap la pulak.
"Tak ada lah bos. Lenguh biasa je."
"Kenapa tak cakap dengan saya awak tak sihat badan?"
"Saya tak cakap saya tak sihat badan pun? Leher je lenguh sebab salah bantal kot." Balasku sambil menggosok- gosok tengkuk leherku.
"Mm ye lah... Okay, jom kita makan dulu. Perut saya dari tadi dah mengamuk minta makan."
------------------------
Malam itu aku merebahkan diriku ke 'katil'ku lebih awal dari biasa. Sementara encik Darren sibuk dengan komputer ribanya.
"Delila, awak tidur kat sini." Ditepuknya tempat di sebelahnya. Aku tersentak seketika, dan cuba mencerna maksud ayat Encik Darren.
"Maksud bos?" Aku bangun dan duduk menghadapnya.
"Awak tidur kat katil ni. Tak payah tidur kat sofa tu lagi." Matanya masih fokus memandang komputer ribanya.
"Habis bos tidur kat mana?"
"Saya tidur kat sini la juga. Jangan risau, saya tak akan apa- apakan awak." Matanya kini dialihkan ke arahku. Setiap bait katanya menyakinkan aku bahwa dia betul- betuk maksudkannya.
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...