20: tergoda ke? (part 1 of 2)

17.8K 273 17
                                    

Don't forget to vote if you think every chapter you read deserves one. Every vote means an appreciation to amateurs like me.

🚫kandungan untuk pembaca matang sahaja🚫

Delila's POV

Pagi- pagi lagi encik Darren memanggilku masuk ke biliknya.

"Selamat pagi bos. Ada yang boleh saya bantu?" Tanyaku sebaik saja aku masuk bilik.

Tiada respon diberikan. Dia hanya tekun meneliti dokumen di hadapannya. Tidak lama kemudian, dia memandangku namun masih tidak berkata apa- apa. Aku baru sedar dia kelihatan sedikit berbeza hari itu. Rambutnya digayakan spiky style dan jambangnya yang sudah dikemaskan menyerlahkan lagi ketampanannya, dan secara tak sedar aku menelan air liurku. Dia nampak begitu tampan dan menarik.

"Selamat pagi Delila. Saya nak bagi tahu awak yang Encik Nazih akan berada di ofis kita mulai besok hingga minggu depan. Dia ada short assessment nak dibuat. Jadi saya nak awak tolong bantu dia dengan apa saja yang dia perlu nanti, okay?"

Suara Encik Darren begitu rendah, lembut dan lebih maskulin. Atau perkataan yang lebih tepat ialah seksi. Aku tak tahu angin apa yang melanda dirinya. Biasanya suaranya keras dan agak tinggi setiap kali memberi arahan.

"Oh okay bos. Ada apa- apa lagi tak sebelum saya keluar?" Tanyaku sedikit gagap.

"Ye... Boleh tolong urutkan bahu saya? Bahu saya rasa lenguh sangat sebab tengok dokumen dari tadi. Kalau awak tak nak, saya tak paksa."

Aku terkejut dengan permintaannya.

"Maaf bos. Tak manis kot. Nanti ada orang masuk, lain pula diorang fikir." Aku menolak permintaannya. Memang tidak waraslah kalau aku berbuat demikian terhadap bos aku, lebih- lebih lagi dalam ofis ni.

"Kalau macam tu, awak kuncilah dulu pintu tu." Pintanya lagi.

"Huh?" Aku tak sangka dia serius ingin aku mengurut lehernya.

"Leher saya lenguh sangat ni. Rasa nak kejang pun ada." Jawapnya sambil memicit- micit tengkuknya.

"Tapi bos... Tak manislah." Aku mati akal.

"Saya ikhlas nak minta tolong. Bukan nak apa pun."

Terbit pula rasa kasihan aku dengan keadaan Encik Darren. Akhirnya aku pun setuju namun aku tidak mengunci pintu bilik. Takut pula nanti orang fikir yang bukan- bukan, kalau pintu bilik dikunci.

Aku mendekatinya yang sedang duduk di kerusi dan mulai memegang tengkuknya. Meremang bulu romaku apabila kulit kami bersentuhan. Dengan hati- hati aku memicit- micit tengkuk lehernya, dan tiba- tiba Encik Darren memegang tanganku.

"Come. Sit here." Mulutku yang bagai terkunci tidak mengeluarkan sebarang kata kerana terkejut dengan perbuatan Encin Darren.

" Mulutku yang bagai terkunci tidak mengeluarkan sebarang kata kerana terkejut dengan perbuatan Encin Darren

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Si Hodoh & Si KacakWhere stories live. Discover now