30: pertemuan

17.2K 303 4
                                    

Okay ini chapter 2nd last. One more chapter and then this novel is officially complete.
-----------------

Delila's POV

Patutkah aku memberi Nazih peluang untuk membuktikan cintanya padaku? Bagaimana sekiranya nanti jika aku gagal membalas cintanya? Aku tak sanggup melihatnya menderita bertepuk sebelah tangan.

Darren pula kini bahagia dengan Zara, bahkan mereka akan berkahwin. Mengapa aku harus mengharapkan sebuah magis terjadi di antara kami? Aku sepatutnya membenci dirinya, tapi sebaliknya wajahnya sering kuterbayang.

Tiga hari berlalu, aku pun telah membuat keputusan yang terbaik bagi diriku dan dirinya. Pukul 7.50 malam, aku sudah melangkah masuk ke bangunan KLCC.

Dan aku mengatur langkahku ke tingkat 23. Dan dengan penuh debaran aku masuk ke restoran Troika Sky Dining.

Aku mengambil tempat duduk yang sudah ditempah oleh Nazih. Tepat jam 8 aku belum melihat kelibat Nazih. Aku kemudian menghantar teks Whatsapp kepada Nazih.

From Delila:

"Nazih i'm already here. Where are you?"

Sambil aku menghirup jus strawberryku, tiba- tiba aku disapa oleh satu suara yang pastinya bukan milik Nazih.

"Delila?" Aku memalingkan kepalaku ke arah suara itu.

"Darren..." Namanya perlahan meniti bibirku.

"I have been looking for you all my life!" Darren melutut dihadapanku dan memegang tanganku.

Aku dengan cepat melepaskan tanganku dari genggamannya.

"Maaf, saya rasa kita berjumpa di tempat dan masa yang salah." Aku bangkit berdiri ingin keluar dari sana, namun tangannya menghadangku, pantas memaut pinggangku.

"Let me go Darren. You are no longer my employer." Aku melepaskan tangannya dari memaut pinggangku, namun tangannya kembali ke pinggangku.

"Not this time! Awak tahu tak semenjak awak pergi meninggalkan Syarikat Darling Fashion, awak juga telah membawa separuh dari nafas saya pergi?" Aku diam tidak merespon.

"I hate you! I hate you for turning my life upside down! I hate you for hurting me!" Ujarnya sambil bahuku digenggam kuat dan digoncang.

"Sorry, let's end it here. I apologize. Now please let me go." Aku melontarkan kata- kata yang membuat hatiku terguris sendiri.

"I hate myself for loving you so much. So much that it hurts me so deep." Hatiku berdegup kencang mendengarkan pengakuannya.

"Stop fooling me please! Saya dah tahu mengenai taruhan awak dan Nazih. Please! Stop it already!"

"Ye, memang betul semua itu. Tapi saya sendiri tidak menyangka yang saya akan betul- betul jatuh cinta dengan awak. Saya tidak sedar bila perasaan itu mulai hadir. Apabila awak meninggalkan syarikat hari itu, saya betul- betul rasa kehilangan. Saya lemah apabila saya tidak melihat awak. Saya merindukan awak setiap hari dan setiap saat. Saya fikir saya akan dapat bertahan tanpa awak dan hidup seperti biasanya. Tapi saya gagal, bahkan hidup saya jadi tak tentu arah. Saya cari awak di mana- mana seperti orang gila. Sejujurnya saya tak pernah merasakan ini. Saya tidak sedar yang saya sebenarnya telah jatuh cinta teramat sangat kepada awak." Tangannya memegang kedua pipiku sambil merenung ke dalam mataku.

"Are you done? Cause i'm going now." Aku melangkah meninggalkannya, dan tiba- tiba tangannya menarikku ke dalam pelukannya dengan kuat.

"Please Delila. I love you so much! Don't go! I can't bear losing you. Pleaseee. I need you in my life!" Pelukannya erat dan aku lemah di dalam dakapan yang selama ini aku rindui.

Si Hodoh & Si KacakWhere stories live. Discover now