Sis belanja chapter malam ni sebab ni chapter klimaks. Tak nak lah pulak korang stim pagi- pagi baca chapter ni 😂😂😂😂.
🚫Kandungan untuk pembaca matang sahaja🚫
Darren's POV
Esok adalah hari terakhir tempoh peluang untuk memenangi taruhan 20% itu. Delila masih lagi dingin melayanku, dan itu membuatkan egoku tercalar. Hatiku sakit seperti dipermainkan. Sejak percubaan yang hampir berjaya itu, hampir setiap masa kejadian itu bermain di mindaku. Aku harus mendapatkan apa yang terlepas tempoh hari, agar fikiranku tidak menerawang mengingatkan dirinya sentiasa.
"Yes, by hook or by crook." Aku bermonolog sendiri sambil meraba bibirku. Masih terasa kelembutan dan kemanisan bibirnya. Badannya yang sempurna, buah dadanya yang tegang dan kencang, dan aku paling suka mendengar setiap kali Delila mengerang. Memikirkannya sahaja boleh membuatkan 'senjata'ku keras. Setiap kali dan sekarang juga.
Aku bodoh kerana menginginkan seseorang yang tidak rupawan. Semua kerana egoku yang melambung, yang benci akan penolakan dan kekalahan. Apatah lagi orang yang membuatku begini cumalah seorang yang tidak mempunyai apa- apa. Tiada rupa, harta maupun pangkat.
Sedang aku mengelamun merenung komputerku, bilikku diketuk perlahan.
"Bro, kau sibuk ke?" Nazih rupanya. Aku ingatkan Delila yang datang ingin merayu meminta maaf. Sempat aku mengeluh kecil.
"Tak lah. Aku nak balik rumah. Rasa kurang sihat pulak. What's up?" Aku mengalihkan badanku menghadapnya dan bersandar di kerusiku.
"Aku dah buat keputusan. Kau lupakan je lah taruhan tu. Aku akan serahkan share aku tu tanpa syarat."
"What? Kenapa pula tiba- tiba kau nak ubah keputusan?" Soalku hairan.
"Just forget it bro. Kesian Delila jadi mangsa taruhan kita. Lagipun kau yang cakap kau tak nak ragut dara dia kan? Selamatlah kau bro, tak payah susah payah goda dia lagi. Aku akan serahkan share aku pada kau. Kau sediakan je kertas kerjanya, aku tahu tandatangan je nanti okay?"
"Wait... Aku tak faham. Sejak bila pula kau ambil berat pasal Delila?" Ton suaraku sedikit tinggi tanpa kusedari.
"Chill bro. Aku pun nak berubah ke arah kebaikan. Aku tak nak bakal isteri aku hilang dara sebelum kahwin." Senyuman yang terbit di wajah Nazih sedikit mencurigakan.
"Maksud kau? Siapa bakal isteri kau?" Aku dah rasa tak sedap hati.
"Maksud aku secara umumnya, aku tak nak kau hancurkan mana- mana gadis." Jawap Nazih.
"Aku tetap akan teruskan taruhan ni. Aku akan pastikan aku menang."
"Kau janganlah rosakkan anak dara orang. Tak kesian ke kat si Delila tu? Dah dah lah tu dengan kasanova kau. Kau dikira menang dalam taruhan ni. Share akan berpindah milik. Itu yang kau nak kan?"
"Share akan menjadi milik aku dengan cara maruah aku kembali." Nazih mengeluh panjang.
"Kau ni degil lah. Esok dah hari terakhir taruhan tu. Kau tak kan dapat goda Delila. Daripada kau goda dia, lebih baik aku yang goda dia." Ayat yang keluar dari mulut Nazih itu tiba- tiba membuat hatiku membuak- buak marah.
"Don't tell me you like her?!" Tanganku sudah kukepal menahan marah.
"No way bro. Setakat muka macam tu, aku tak inginlah. Maksud aku, kau janganlah kacau dia lagi. Standard kau kan tinggi. Nanti kalau si Delila tu rosak oleh kau, bukannya kau nak bertanggungjawap pun kan? Kalau aku yang rosakkan dia, aku akan bertanggungjawap sepenuhnya."
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...