2: Delila

16.6K 300 7
                                    

Bab 2 dan seterusnya adalah Point of View (POV) Delila kecuali jika ada yang dinyatakan sebaliknya.

-------------------------------------------------------------

Kring!! Kring!!! Kring!!!

Bunyi jam lonceng membangunkan aku. Mataku kugosok dan dengan pandangan yang kabur, aku menyepetkan mataku melihat jam lonceng.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Hari ini adalah hari yang mendebarkan kerana aku akan menghadiri interview di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia. Semalam aku lewat masuk tidur, kerana aku membuat sedikit background research mengenai syarikat itu.

Dengan pergerakan yang lambat dan malas, aku berjalan menuju ke dapur. Seperti biasa, aku harus menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga. Semenjak mama meninggal 5 tahun lepas, akulah yang menggalas tanggungjawap mengemas rumah, mencuci pakaian dan masak. Meskipun adikku, Suhana sudah cukup dewasa untuk menolongku membuat kerja rumah, namun Suhana lebih suka aku yang membuatnya semua, memandangkan hasil kerja tanganku lebih teliti dan kemas.

Setelah kerja rumah selesai dibuat, aku pun mandi dan bersarapan. Papaku bernama Yunus baru sahaja mengambil tempat duduk di meja kecil dan usang. Itulah meja yang menyimpan kenangan- kenangan bersama arwah mama dulu. Di meja itulah kami duduk berehat sambil bergurau senda, menikmati setiap hidangan dan kadang- kadang aku dan Suhana membuat kerja sekolah kami di meja tersebut. Maklum saja, itulah satu- satunya meja yang papa mampu beli pada ketika itu. Lagi pula, rumah kami kecil dan jika meja yang lebih besar diganti, maka semakin sempitlah rumah. Lebih tepatnya, rumah sewa. Kami belum lagi mampu untuk membeli rumah.

"Semoga berjaya dengan temuduga hari ini Delila. Papa doakan Delila berjaya kali ini." Ujar papa sambil mengunyah pancake yang dihidang.

"Thank you pa.. mudah- mudahan interview kali ini berjaya. Dapat juga Delila tolong bayar sewa rumah ni dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan kita kan pa?"

"Terima kasih nak.. Maaf papa membebankan Delila. Sepatutnya papa yang menampung semua perbelanjaan kita sekeluarga." Ada sedikit kekesalan terpampang di wajah papa. Dengan hanya bekerja sebagai pemandu lori, memanglah tidak cukup untuk menampung perbelanjaan universiti Suhana.

"Tak mau la cakap macam tu papa. Delila kan dah besar. Tak salah Delila tolong papa. Memang tanggungjawap anak pun meringankan beban kedua ibu bapa. Suhana kan masih lagi belajar di uni. Kita sama- samalah tolong Suhana ye?"

"Papa masih rasa bersalah sebab tak mampu hantar Delila melanjutkan pelajaran di uni."

"Papa.. Jangan cakap macam tu. Delila tak salahkan papa. Dah cukup baik Delila tamat SPM. Banyak lagi orang di seluruh dunia ni yang jauh kurang bernasib baik daripada kitorang. Yang penting sekarang, Delila mesti dapatkan job ni. Delila dengar dari Kirana, syarikat ni ada reputasi yang bagus dan bayarannya lumayan." Papa hanya membalas dengan senyuman yang kecil.

Setelah selesai sarapan, aku bangun dan memusing- musing badanku di hadapan cermin yang terletak bersebelahan dengan meja makan itu, sambil tersenyum berpuas hati dengan penampilanku.

"Dah dah le tu.. Delila cantik sangat hari ni. Papa pasti anak papa ni akan lulus interview kali ni. Papa dapat rasa."

"Cantik ke papa?" Berkerut sedikit dahiku seolah meragui pujian papa. Aku tidak yakin dengan penampilanku hari itu. Blouse kuning bersama skirt panjang mencecah lantai menjadi pilihanku hari itu. Manakala rambutku hanya ditocang tinggi seperti biasa. Rambutku yang panjang dan hitam itu amat kujaga rapi. Fringe yang menutupi dahi yang licin menambah tumpuan kepada mataku yang dalam dan bersinar. Meskipun aku memakai kacamata, namun aku rasa mataku tetap cantik. Aku berazam untuk membuat lasic surgery suatu hari nanti apabila wang simpananku mencukupi.

"Anak papalah yang paling cantik sekali yang papa pernah jumpa." Papa mengukirkan senyuman melihat kecantikkanku.

"Alolo... Manisnya papa Delila ni. Okay Delila nak gerak dulu, takut tertinggal bas pula." Aku kemudian mencapai tangan papa, lalu menciumnya sebelum berlalu pergi.

Si Hodoh & Si KacakWhere stories live. Discover now