13: girlfriend

13.2K 278 7
                                    

Hari ni saya nak belanja update. Sebab saya dah tulis hingga bab 22 jadi saya rasa mungkin double update starting this week. Thank you. Please enjoy.

-------------------

Hari yang mendebarkan tiba. Bukan untuk aku. Aku santai je pun. Encik Darren akan membuat pembentangan mengenai projek tersebut. Beberapa wakil dari syarikat Ego Attitude Fashion pulak ada yang seperti aku, menunggu di luar bilik persidangan sementara mesyuarat sedang berjalan.

Aku sudah bosan menekan telefon bimbit dari tadi. Ingin kumulakan perbualan dengan wakil dari Ego Attitude, namun mereka kelihatan sibuk berbual dengan sesama sendiri. Jadi mataku hanya merayau- rayau melihat ruangan tersebut untuk ke sekian kalinya.

Sekali- sekala mataku melihat wakil- wakil itu. Mereka hanya berdua. Mungkin salah seorang ialah PA seperti aku juga. Cantik dan kena dengan imej syarikat. Kalaulah mereka tahu aku juga dari syarikat fesyen, apalah agaknya pandangan mereka.

Mereka mengenakan kasut tumit tinggi dan aku pula hanya memakai flat shoes. Dress sampai lutut menampakkan tubuh badan mereka yang ramping, manakala blouse dan skirt labuh menjadi pilihanku hari itu, tepatnya setiap hari. Rambut mereka hanya dilepaskan tanpa diikat membuatkan mahkota wanita kelihatan menawan. Dan rambutku pula kudandan dengan menggunakan hair spray dan kuikat kuda. Mekap yang mereka gunakan juga cantik dan sesuai dengan kulit mereka. Mekapku pula ala- ala kadar. Tidak seorang pun tahu bahwa aku sebenarnya mengenakan mekap. Entah sampai bilakah aku terus mengenakan mekap dengan cara begini? Apakah aku patut mengubah penampilanku? Bagaimana pula penerimaan orang nanti melihat perubahanku?

"Apa tengok- tengok kitorang ni??" Analisaku terbantut apabila aku disergah oleh wanita yang memakai dress berwarna pastel pink.

"Err... Maaf cik." Aku hanya menundukkan kepala. Wanita itu hanya memalingkan kepalanya dengan sombong, ala- ala perempuan jahat yang dalam drama.

"Jealouslah tu tengok kitorang yang cantik ni." Terdengar bisikan dari wanita yang memakai dress berwarna coklat. Selepas itu merekapun ketawa mengilai seperti pontianak yang baru nampak mangsa. Aku hanya senyum sumbing dan bermain dengan telefon bimbitku.

Mesyuarat selama 2 jam setengah itu pun akhirnya selesai. Dari tempat dudukku, kulihat Encik Darren keluar dari bilik persidangan beriringan dengan ahli mesyuarat yang lain dengan wajah yang ceria. Tidak setegang tadi pagi. Hari itu Encik Darren memakai sut berwarna royal blue dan warna kesukaanku sejak akhir- akhir ini ialah royal blue. Sungguh tampan dan memukau penampilan Encik Darren hari itu. Mataku tidak lepas memandangnya. Semakin dia menghampiriku, semakin jelas ketampanannya. Dan semakin kuat jantungku berdegup apabila matanya membalas renunganku.

"Delila, jom makan. Refreshment dah disediakan." Aku hanya mengangguk dan tidak mampu untuk berbicara, kerana lidahku kelu.

Aku hanya membuntuti Encik Darren seperti anjing yang setia. Chewahhhhh!

Sebenarnya aku rasa kekok kerana bersama di kalangan bos- bos. Encik Darren mencapai piring dan menyerahkannya kepadaku.

"Take this. Awak nak makan apa?" Aku menerima piring tersebut sambil mataku melilau sekeliling. Risau kalau ada yang memberi pandangan yang meluat.

"Err tak tahu lagi. Belum tengok bos."

"Kita ada mee hoon, sandwich tuna & egg, popia goreng, bingka dan kuih batik." Balasnya sambil kepalanya bergerak kiri dan kanan menjenguk makanan yang sedia ada.

"Okay, thank you. Saya akan ambil sendiri nanti. Bos ambillah dulu makanan, okay." Aku merasa kurang selesa apabila aku menangkap beberapa pasang mata melihat kami berdua dengan dahi yang berkerut.

"Takpe... Biar saya ambilkan untuk awak. Just tell me what you want."

"Bos, biar saya ambil sendiri. Nanti apa pulak orang lain cakap."

"For once, boleh tak kalau awak tak pedulikan orang sekeliling?" Suaranya yang tinggi namun berbisik, membuatkan aku tersentak.

"Okay okay, saya makan mee hoon je lah." Ikutkan hati memang aku nak rasa semua, namun memandangkan Encik Darren yang sukarelanya menyenduk makananku maka aku memilih untuk tidak tamak.

Kami duduk bersebelahan dan kukerling selejap piring Encik Darren. Penuh dengan semua jenis makanan. Tiba- tiba Encik Darren meletakkan setiap jenis makanan yang di piringnya ke dalam piringku.

"Ehhh tak perlulah bos. Mee ni dah memadai." Aku berlapik bahasa kononnya.

"No. Awak kena makan tu. Jangan diet sangat. Awak tak gemuk pun." Jawapnya selamba sambil meletakkan satu- persatu makanannya ke dalam piringku.

"Saya tak diet lah. Anyway thank you bos." Aku hanya tersenyum kecil dan mulai menikmati makanan- makanan yang dari tangan Encik Darren.

"By the way Delila, awak ingat tak di mana saya letak financial report yang dalam fail hijau semalam?" Tanya Encik Darren, sambil memasukkan kuih batik ke dalam mulutnya.

"Bukan bos masukkan dalam laci dekat katil bos ke semalam?" Aku cuba mengingati gambaran fail hijau semalam, namun samar- samar kerana yang jelas hanya wajah Encik Darren yang memenuhi ruang mataku.

"Ye ke? Okay nanti awak tolong cekkan ye?" Aku hanya mengiyakannya.

"Oh my God!!! Perempuan macam tu taste dia??" Ujar wanita yang memakai dress pastel pink.

Rupanya mereka berdua duduk di belakang kami, jadi setiap perbulalan kami terang dan mereka nampaknya tahu yang kami berdua berkongsi satu bilik.

"Dasar perempuan murahan!" Balas wanita yang memakai dress coklat.

Aku hanya berpura- pura tidak mendengar, namun pipiku sudah merasa panas dan hatiku sakit. Encik Darren kelihatan seperti tidak terkesan. Mungkin dia tidak tahu bahwa ayat- ayat tadi ditujukan untuk kami berdua.

"Handsome and the beast!" Hilaian ketawa pontianak kembali lagi.

Tiba- tiba Encik Darren berhenti mengunyah makanan lalu memalingkan kepalanya ke belakang menghadap mereka berdua.

"Cantik macam miss universe pun tak guna kalau mulut longkang macam korang. If you don't have anything nice to say, please shut your filthy mouth! And leave my girlfriend alone!" Mereka berdua terkesima. Begitu juga aku! Aku girlfriend dia? Terasa seperti punggungku sedikit terangkat.

"Are you okay Delila?" Tanya Encik Darren setelah melihat riak wajahku.

"You dont have to go that far." Bisikku perlahan.

"It's okay. You're my girlfriend in this room." Ujarnya sambil mengenyit mata, sekaligus menghantar renjatan elektrik ke badanku.

Tidak lama kemudian kedua- dua wanita itu beredar keluar dari tempat itu dan sedikit demi sedikit beredar pulang. Sementara kami berdua masih menikmati makanan, sambil berbual- bual.

"How was your presentation just now?" Tanyaku.

"They seemed to be interested. Hopefully we will get them to invest." Balas Encik Darren tersenyum gembira.

"Okay good to know. Bila diorang nak bagi result?"

"Entah. Within this week kot. Let's just hope for the best." Senyuman yang penuh harapan terbit di wajah Encik Darren.

"By the way, bos tahu tak kedua- dua wanita tadi dari company Ego Attitude Fashion?"

"Yeah. So?" Ucap encik Darren dengan kening sebelah terangkat dan mata yang membulat.

"Takut nanti keputusan company mereka akan terpengaruh oleh dua orang tadi."

"Ah, tak payah nak risau pasal tu lah. Mereka sepatutnya membuat keputusan profesional, bukan berdasarkan gosip dan kabar angin. Kalau kita gagal mendapatkan pelaburan dari syarikat Ego Attitude, saya pasti akan ada rezeki di tempat lain."

"Betul tu. Saya sokong!" Jawapku sambil menghadiahkan senyuman.

"Awak dah habis makan?"

"Oh ye ye. Dah habis. Bos?"

"Ye dah habis dah. Ok jom balik girlfriend."

Si Hodoh & Si KacakWhere stories live. Discover now