"Mr Darren, we have just received good news! Ego Attitude Fashion has decided to invest in our project!" Ujar Mr Francis dengan begitu terujanya.
"Wow! Thank God!" Encik Darren menghela nafas panjang dengan riak muka yang sangat ceria. Aku juga tumpang gembira untuk Encik Darren.
Mr Francis menepuk- nepuk bahu Encik Darren, lalu mereka bersalaman. Mereka mengucapkan kata tahniah kepada masing- masing.
"We should celebrate tonight!" Cadang Mr Francis kepada Encik Darren.
"Yes, we should. Tapi saya tak tahu kat mana. Terserah Mr Francislah menentukan tempatnya ye?" Balas Encik Darren, sambil menyimpulkan senyuman.
"Let's go to Miri. There is a night club cafe there. It's just about 2 hours drive from here. We shall leave about 3 pm." Mendengar perkataan 'night club', membuatkan aku tersentak.
------------------------
"Awak okay ke pergi ke tempat macam tu?" Tanya Encik Darren sewaktu kami hendak bersiap- siap hendak bersiap pergi ke Miri. Aku hanya menggeleng perlahan.
"It's okay. Awak minum minuman lain je. Jangan risau, saya tak akan biarkan awak minum air haram tu."
"Tapi Encik Darren memang minum arak ke?" Encik Darren memandangku seketika sebelum tersenyum.
"Dulu je. Sekarang tak lagi."
"Tapi, Encik Darren nanti macam mana?" Aku tahu biasanya orang yang pergi ke kelab malam, akan dipaksa untuk minum arak terlebih lagi bersama rakan bisnes.
"Saya tahulah macam mana nak elak nanti. Awak dah siap ke?" Aku mengangguk.
"Awak pakai skirt labuh dan t- shirt baggy? Awak ni nak buat mini konsert rap ke?" Encik Darren ketawa kecil menyindir penampilanku.
"Okay apa pakai macam ni. Sekurang- kurangnya mereka tahu saya bukan nak bersosial kat sana. Tapi kalau Encik Darren tak selesa nak bawa saya dengan pakaian macam ni, saya sebenarnya lebih selesa kalau tinggal je. Lagipun bukan saya suka pergi ke tempat terkutuk macam tu." Panas juga rasa hati sedikit dengan ejekan Encik Darren. Bukan aku tidak biasa diejek tetapi entah apabila ia datang dari Encik Darren, hatiku mudah terusik.
"Alaaa sorrylah. Gurau je tadi. Awak mesti ikut. Ini antara kerja- kerja sebagai PA tau?"
"Ye lah. Manalah tahu kalau- kalau Encik Darren malu berdiri dekat dengan saya. Kat kelab tu nanti mesti ramai perempuan cantik- cantik yang nak kan encik."
"Tak malu la. Saya gurau je tadi. Perempuan cantik pun saya ada citarasa tersendiri tau."
"Ohh ye ke? Citarasa macam mana yang Encik Darren cari? Saya boleh tolong tengok- tengokkan kat kelab malam nanti. Sementara Encik Darren melayan Mr Francis, saya bolehlah mengimbas setiap perempuan kat sana." Entah kenapa hatiku ini terasa sakit. Aku yang mengajukan soalan, aku pula yang sakit hati.
"Cantik je tak cukup. Saya suka potongan badan yang sempurna macam model. Kulit bersih, pandangan mata yang boleh menaikkan nafsu dan saya suka badan yang tinggi jadi senang nak cium." Terang encik Darren sambil ketawa kecil di hujung ayat.
"Okay... Let's see if i can detect such woman tonight." Jawapku sambil turut ketawa, dan Encik Darren membalas dengan memberi simbol 'okay' sambil mengenyitkan matanya.
YOU ARE READING
Si Hodoh & Si Kacak
RomanceDelila ialah seseorang yang sering diejek oleh kerana penampilannya yang dianggap hodoh. Menjadi personal assistant kepada seorang boss kasanova yang mampu mencairkan hatinya, mengubah pendirian dan kehidupan Delila. Completed in November 2018 High...