"Tak payah lah kau risau sangat. Malik tak tauu. Komfom punya lah," tu lah yang dikatakan Zura. Dia yang sepertinya yakin tu membuat Sara percaya akan kata kata sahabatnya.
"Betul ke Malik tak tau?" Sara bercakap sendirian di biliknya. Kata kata Zura kelmari masih lagi berdering di telinganya. Dia yang tengah berbaring di atas katilnya terdiam seketika. Mata dia merenung jauh dek melihat ceiling. "Kalau dia betul betul tak tahu, alhamdulillah," utur Sara, matanya masih menatap ceiling biliknya. Haa... Kalau nak tahu, ada sebabnya Sara tak nak Malik tahu akan perasaannya.
Sara nih... dia memang tahu yang dirinya tak lah secantik Zura dan Umi. Tak sekurus Zura dan Umi. Tak menawan macam Zura dan Umi. Sebab dia tahu dirinya serba kekurangan lah, dia tau kalau Malik dapat tahu perasaannya, sudah pasti Malik akan berhenti melintas kedainya. Mana kan tidak, tak ada sesiapa yang hingin perempuan macam dia. "Perempuan hodoh macam aku sapa lah nak," walaupun dia sendiri yang menyebut perkataan tu, hatinya terasa bagai di tikam besi panas. Seolah olah marah akan kenyataan itu, dia terus melelapkan matanya..
Sara memang sudah berkenan sangat dengan Malik nih. Sebab tu lah dia tak nak Malik tau. Dia nak menatap wajah Malik sebanyak yang mungkin. Dia nak melihat Malik melintas kedainya. Dia nak Malik walaupun dia tahu dia tak akan dapat memilikinya. Dia belum ready lagi nak turun dari dunia khayalannya.
"Biarlah aku stay lama sikit. Just for a little bit longer..," uturnya sayu, matanya masih tertutup rapat. "Please.. don't take away my dream just yet. Let me stay just a little bit longer,' selinang air mata jatuh ke pipinya yang gebu tu. "Just a bit longer."
... ::: ... ::: ... ::: ...
"Malik!"
Terdengar suaranya dipanggil, Malik terus menoleh ke empunya suara. Di lihatnya, yang memanggil namanya seorang jejaka kacak. Kulitnya yang hitam manis dan rambutnya yang agak selekeh tu nampak seolah olah ngam dengan dirinya. Baju yang dipakainya agak casul seperti paakaian si Malik.
Malik, yang tengah berbaring di sofa kedai baju milik empunya suara tu tersenyum melihat jejaka tu. "Ada apa kau memanggil manggil nama aku?" Utur si Malik selamba dengan dirinya masih berbaring disofa yang embuk tu.
"Temankan aku kesupermarket di basement," balas si sepupu dengan senyuman lembut dan menawan. Senyumannya yang bagai cahaya matahari terbit seakan akan menyinari ruangan yang memang sudah terang tu. "Dapat kau tengok terus perempuan yang minat kau tu."
"Tapi kita belum tahu sepenuhnya kalau perempuan tu suka aku. Itu sekadar firasat Wan dan aku," sahutnya dengan suara yang seakan akan menginginkan kepastian samada firasatnya itu betul ataupun tak. Malik memang dapat rasakan semenjak dua bulan lepas, terasa macam ada sesorang memerhatikan dirinya. Tapi dia tak pasti samada orang itu memang wujud ataupun ianya hanya imaginasi nya sahaja.
Si Wan, sahabat dan juga merupakan adik angkatnya, memberitahunya mungkin saja orang tu pekerja yang berkerja di tingkat satu sebab Malik ada menyuara pada si Wan setiap kali dia melintas kedai di sana, Malik selalu rasa lain semacam je. Mungkin pekerja tu sukakan dirinya. Tapi itu hanya lah satu spekulasi.
"Kau nak ikut ke tak?" Sahut si sepupu yang sudahpun berada di pintu keluar. Senyuman nya seolah olah tak hilang dari wajahnya yang manis itu. Si sepupu itu memang suka sangat melihat reaksi Malik. Kehadiran 'seseorang' itu di dalam hidup Malik membuatkannya ingin tahu apa yang akan terjadi. Adakah perempuan tu akan dapat mengubati hati Malik yang luka dek memori lama? Adakah perempuan tu akan mengubah hidup Malik dengan adanya kehadiran dirinya di hidup mereka?
"Kejap! Aku ikut kau!" Jerit si Malik pada si sepupu. Walaupun dia tahu ada mata yang megekori dirinya, dia ingin tahu mengapa. Apakah yang di inginkan si stalker? Adakah si stalker menginginkan kecederaan dan kecelakaan pada dirinya? Atau si stalker sekadar menyimpan perasaan suka? Soalan yang bergunung tetapi tiada jawapan membuat Malik sakit kepala. Dia menginginkan jawapan... dia ingin kepastiaan.
Malik tidak mahu bergantung pada sesiapa dalam merungkai misteri tu. Dia mahu dirinya sendiri mendapatkan kepastiaan.. ya, mungkin aku anak seorang putri. Mungkin aku berdarah biru tapi tak bermaksud aku akan semudahnya bergantung dengan orang lain. Biar lah aku dulu cuba bongkar rahsia ini dengan cara aku sendiri...
Itu lah matlamat si Malik sekarang. Dia sedar mungkin dirinya terlalu memikirkan benda yang remeh tu tapi selagi dia tidak dapat kepastiaan, selagi itu lah dia tak akan dapat tenang. "Haffiz! Tunggu lah kejap!" Teriaknya bila menyedari si sepupu sudah pun pergi meninggalkannya.
Itu lah yang sedang bermain di kepala Sara dan Malik. Si gadis menginginkan agar mimpinya tak terganggu.. mengharapkan dirinya dibuai mimpi. Sara tidak mahu Malik mengetahui keberadaannya di dalam bangunan itu. Baginya, selagi dia dapat melihat si putera kacak, dia tak akan meminta lebih dari itu. Biar sekali pun dirinya terpaksa melihat dari jauh. Biar sekali pun dirinya akan terluka di nanti hari. Dia masih ingin menari nari di dunia khayalannya.
Berbeza pula dengan Malik. Bila di belungi misteri, memang Malik pantang. Ketidak pastiaan yang bertambah membuatkan dirinya berfikiran negative dan gelisah. Secepat dirinya mengetahui kebenaran di sebalik si stalker, secepatnya dirinya hilang dari rasa gelisah yang memerangkap dirinya.
Dua manusia. Masing masing menginginkan sesuatu yang berbeza. Masing masing punya motif mereka sendiri. Adakah rahsia yang singkat ini akan terbongkar lebih cepat dari yang di sangka?
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
Любовные романыSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...