Bab 25 : LAST ENTRI [BAB TERAKHIR]

709 36 4
                                    

"Dear Diari,

Kau percaya tak kalau aku bagitahu yang semalam Malik datang menjumpai aku, dirumah ku pulak tu! Haaa... percaya atau tidak, ianya benar benar terjadi! Aku tak main main tau. Dia betul betul datang menemui ku untuk memberitahu aku perasaannya... Meski pun rasa nya macam mimpi jer, ianya benar benar terjadi...

Mulanya aku ragu ragu nak terima cinta dia sebab aku sendiri tak pasti sama ada perasaan aku ni memang cinta atau obsession. Tapi melihat Malik yang bersungguh sungguh tu, aku nak percaya bahwa apa yang aku rasa selama ini cinta. Malik sendiri akan beritahu aku yang dia akan bantu aku hilangkan rasa obssesion ku tapi akan mengekalkan rasa cinta ku. Aku tak sangka Malik sebegitu comel...

Jadi... aku terima cintanya. Tapikan Diari... Entah kenapa, disaat aku membuat demikian, aku dapat rasakan semuanya akan jadi lebih complicated. Jangan tanya aku mengapa... Aku cuma dapat rasakannya..

Diari... kau tahu tak? Dulu aku nekad nak buang jauh jauh perasaan aku kat Malik...Tapi kali ini... aku nak berjuang demi cinta kami berdua. Jadi, apa halangan dan dugaan sekalipun datang kat kami dua, akan kami tempuhi bersama...

Diari... kau tak rasa macam lucu tak? lucu sebab aku yang dulunya berstatus stalker kini jatuh pada status teman wanita. Okay... mungkin bukan jatuh tapi naik pangat. Esehhh, berlebih pulak aku tu...

Oh ya... Aku ada text Zura tentang aku dan Malik semalam. Selepas Malik pergi balik. Zura memberi kata tahniah pada ku. Katanya, "Kalau kau jumpa dia nanti, bagitau dia aku nak dia belanja aku. Adalah mesti sebab aku dah tolong dia. Jadi dia mesti balas balik kebaikan aku! hahaha." Zura ni sangat comel kan? Dia lah sahabat aku yang aku amat sayangi, selain dari Ikah.

Zura juga sempat memberitahu aku sesuatu.... Katanya Razzaq ada approach dia!! Razzaq, adik Haffiz! Tu je dia bagitahu. Katanya dia dan Razzaq hanya setakat teman biasa. Tapi aku dapat rasakan Razzaq sedang memulakan operasi memikat Zura! Aku sokong mereka berdua, sebab mereka memang ngam!!!

Apa lagi nak tambah ye?

Haa.. Kejap lagi Malik nak datang. Dia ada text aku semalam yang dia nak ambil aku. Cara dia menaip perkataan dia macam ada sesuatu yang serius yang hendak bicangkan pada ku. Apa agaknya ye? Mudah mudahan ianya hanya imaginasi aku saja....

Perjumpaan kami kali ni... akan sedikit berbeza dari sebelumnya...

Kami bertemu bukan lagi sebagi seorang stalker dengan idol...

Tetapi sebagai kekasih. Pertemuan diantara teman lelaki dan teman wanita!! Kau tahu tak betapa gembiranya aku?!?

Oh Diari.... Kau sentiasa berada di sisiku bila aku masih berstatus stalker....

Terima kasih ya, Diari...

Aku hargai semuanya....

Meski kau tak berkata kata....

Meski kau tak berbicara....

Meski kau buku semata mata...

Aku masih menghargai mu...

Kerna kau adalah teman setia ku dari mula aku jatuh cinta sampailah sekarang...

Tapi... Kali ni terpaksa aku melepaakan kau. Bukan kerna aku angkuh. Bukan kerna aku rasa kau tak perlu di isi lagi.....

Hakikatnya, kertas kosong yang tinggal di dalam Diari ni hanya cukup untuk satu entri sahaja lagi, yaitu entri ni...

Ini adalah entei terakhir dari ku..

Takkan ada lagi sambubgan entru selepas ini...

Terima kasih ya Diari...

Kerna kau merupakan Diari istemewa....

Kerna kau, adalah Diari Seorang Stalker...."

Tangan Sara berhenti menulis. Sungguhpun dia ingin menyambung, tiada ada lagi kertas kosong di dalam diarinya. Ini benar benar entei terakhirnya. "Oh Diary... Thank you."

"KAKA! Abang Malik dah sampai! Cepat lah turun," ujur adik Sara sambil mengetuk pintu biliknya dengan kuat.

"Okay! Sekejap lagi kaka turun," balas Sara sambil berdiri dari tempat duduknya. Dengan segera, dia menutup buku diarinya dan mengambil beg tangannya. Sebaik saja tasnya ditangan, kakinya meluru keluar dari bilik....

Tinggal lah Diari di atas meja...

Habis lah kini pengembaraan seorang stalker...

Dan...

Bermulanya perjalanan hidup sepasang kekasih muda....

[TAMAT]

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

AUTHOR NOTE:

Assalamualaikum semua! Haa... Akhirnya tamat juga cerita ni! Alhamdulillah :)

Sebelum kamu marah sebab cerita ni tergantung gantung, saya nak kasi tau sesuatu kat korang. Memang saya sengaja pun kekehehe

Sebab cerita ini memfocuskan pengembarab seorang stalker... jadi what happen after dorang couple, saya tak nak touch. hahaha macam kejam je saya ni kan? kehekehee

Apa yang terjadi aelepaa ini, biar lah saya tinggalkan untuk anda imaginasikan. Let your mind run wild hehehe

Dengan ini, tamat lah al kisah "Diari Seorang Stalker"....

Terima kasih pada aemua readers sebab setia membaca cerita saya.... comment dan vote kalau suka ^^

Comment lah apa yang kamu rasa dengan ending ni or the whole story ^0^/

Oh ya... sebelum saya terlupa... saya nak berterima kasih pada sahabat saya, RR (you know who you are hehe) sebab bantu saya dengan cerita "Diari Seorang Stalker". Tanpa RR, memang sah sah tak menjadi cerita nih.. soo, terima kasih banyak banyak RR. kau bagi aku suggestions yang banyak. walaupun tak semua aku pakai, aku benar benar gembira kau selalu membantu ku dengan "Diari Seorang Stalker". hehe thanks a lot ye, babe ^^

Saya nak juga berterima kasih pada Mr. Hensem, Mr. Funny, Mr. Insight dan Mr.Rumble sebab idea cerita ni tercetusnya dari korang. Korang lah yang memulakan semuanya! Special thanks pada Mr. Hensem,... sebab dia lah yang banyak menolong saya membina karakter karakter saya secara tak langsung. hehe kalau awak baca cerita ni, tolong buat buat tak tahu saja yerrr.... Haha

last but not least, saya nak berterima kasih pada readers semua.. tanpa korang, tak adanya saya nak update cerita ni. Dengan views, vote dan comment korang lah, saya merasa lebih bersemangat untuk membuat cerita ni. Thank you so much ♡♡♡♡

Diari Seorang StalkerWhere stories live. Discover now