"ARGHHHHH," kedengaran satu teriakan budak kecil. Zura yang sepertinya kenal empunya suara, terloncat dari tempat duduknya! Nak macam pucat betul raut wajahnya.
"Sara... tu macam suara Adik!" Betul betul hilang terus warna wajahnya! Risau dek takut ada yang terjadi pada budak yang di panggilnya dengan nama manis 'adik' tu... macam macam bermain difikirannya. Semuanya benda benda buruk. Si Adik ni kena culik ke? Apa ke! Wah.. tak sanggup betul hati ni menerima... Kaki Zura lantas bergerak pada suara tu. Sedikit pun tak ditunggunya Sara yang kelihatan bengang tu.
Melihat Zura yang cemas tu, terus si Sara berdiri dari tempat duduknya dan mengekorinya dari belakang. Mereka, tak pun sampai sepuluh kali tapak, dah nampak si Adik bersama kakanya.
Zura, yang hatinya tak berhenti berdebar debar kini redha bila matanya sendiri melihat dua budak kecil tu tak ada apa apa.
Haa... kalau nak tahu budak yang di gelar Adik ni sebenarnya anak kepada empunya salah satu kedai yang ada di tingkat dua. Nama sebenar si Adik ni Dafiq tapi semua pekerja yang kenal mereka lebih senang memanggilnya Adik. Si kakaknya pula bernama Ayu. Mereka ni muda masih tau! Si kakak berusia tujuh tahun takala si Adik lima tahun. Walaupun mereka ni masih kecil, otak mereka betul betul bergeliga tau!
"Adik tak mahu balik," utur Ayu bila nampak Zura dan Sara... haaa.. macam tahu tahu saja si akak Zura kita ni risaukan mereka. Nah, sudah aku katakan. Mereka ni pintar orangnya.
"ARGHH," si Adik berteriak lagi tapi kali ini tak sekuat sebelumnya. Walaupun si Adik di pegang oleh kakanya, si budak lelaki tidak begitu ganas apabila dia berusaha untuk melepaskan dirinya dari gengaman si kakak. Hanya lah sekadar menahan kakinya supaya tidak bergerak. Namun si kakak lebih kuat dari si Adik. Jadi lebih senang sedikit untuk si Ayu membawa si Adik pada ibu mereka yang berada di tingkat dua.
"Adik masih nak bermain. Tapi Ayu dah letih. Tak nak main dah," uturnya lembut pada Zura dan Sara. Suara tidak seperti dia men complain tapi sekadar menyejukkan hati mereka yang risau tu.
Adik, akhirnya mengalah pada si kakak dan mulai berjalan secara normal. Nah, semakin senang lah si Ayu membawa si Adik pada ibu mereka. Terukir satu senyuman manis dan comel di wajah Zura. Fikiran buruk yang terlintas di fikirannya kini sudah hilang. Gembira betul jiwa si Zura ni.
Kalau nak tahu, Zura memang sayang kat dua adik beradik tu. Jadi, memang cepat risau dia kalau ada apa apa terjadi kat diaorang. Wah... nampak betul sifat keibuaan Zura ni.. walaupun dirinya masih single.. hehehe
"Fikirlah apa tadi. Takut betul aku," utur Zura pada Sara apabila si kakak dan adik sudah pun pergi ke tingkat dua. Tersenyum si Sara melihat Zura yang mempunyai sifat keibuaan tu. Comel gitu ~
"Oh, Zura.. tadi kau pergi solat Zuhor kan? So macam mana? Bilik sembahyang tu?" Sara yang ketika ni tengah cuti perempuan, tak dapat solat jadi susah untuk dia melihat sendiri keadaan bilik sembahyang tu. Zura menggelengkan kepalanya..
"Belum..," jawapan yang pendek itu cukup untuk membuat Sara faham. Hati si gadis stalker ni semakin sayu bila dengar. Dah nak tiga hari dah lepas mereka berdua complain kat Ridwan... Mesti tunggu lama sikit ke baru mereka nak selesaikan masalah tu?, bisiknya di dalam hati dengan sayu... Aku harap mereka selesaikannya sebelum aku berhenti kerja, ujurnya pada diri sendiri dengan lemah. Tak mahu dia meninggalkan tempat kerjanya tanpa memastikan betul betul kalau masalah yang di suarakannya itu selesai....
Eh... berhenti kerja? Biar betul?..
Haa... betul tu. Sara memang nak berhenti kerja tapi jangan salah faham, okay! Dia berniat untuk berhenti bukan sebab Malik. Hajatnya untuk berhenti memang sudah lama ada kat hati dia ni. Even boss dia pun tahu okay! Sara sendiri memberitahu bossnya sebelum dia bekerja bahwa dia hanya akan bekerja untuk beberapa bulan. Jadi jangan lah salah faham dengan kehendak si Sara untuk berhenti tu...
Kini di kepala Sara, banyak pekara yang berenang renang di dalam. Di mindanya sekarang sudah semakin kurang tentang Malik. Memang disengajakannya. Bila dia sedar dirinya seorang materialistik, dia berusaha kuat untuk memenuhi mindanya dengan benda lain kecuali Malik.... memang ngam lah, Malik pun dah tak melintas lagi kedai aku. Senang sikit nak lupakan dia, pujuknya pada diri sendiri.
Hmm... Sara..Sara... kalau lah kau tahu Malik dah menaruh perasaan kat kau, dah tentu kau takkan macam ni kan?...
Di waktu yang sama tetapi tempat yang berbeza....
"Ayah! Kenapa ayah tak mahu mengeluarkan sedikit sahaja wang untuk mengubah suai bilik sembahyang tu?" Teriak marah Malik pada ayahnya yang duduk di kerusinya. Mereka yang berada di bilik kerja khas ayah Malik di rumah mereka seakan akan tegang...
Ayah Malik tidak bersuara. Dirinya seakan akan tidak menghiraukan anaknya yang sedang membara tu.
"Fine! Kalau ayah tak nak keluarkan sedikit wang pun, at least give me the permission to close the girl's wudhu and prayer's area with a piece of cloth!"
"I will not allow you to do such a moronic thing!"
Keluar tawa menyindir dari bibir Malik apabila mendengar kata kata ayahnya. "Moronic? Are you sure what I want to do right now is that stupid to you? I think you got it wrong. The moron one in this conversation is...," belum sempat si jejaka menyambung kata katanya, si ayah menekingnya untuk berhenti!
"Stop right there, young man!!!" Bediri si ayah dari tempat duduknya dengan matanya tajam menikan si lelaki muda.
"Ayah, all that I ask... all that I need... is for you to fix the prayer room properly," pintanya kali ini dengan lebih lembut. "Is that too much to ask?"
Si ayah memandang tajam pada si lelaki. Sejak bila anaknya bersungguh sungguh dengan bangunan tu? Setahu dirinya, anaknya paling benci bila dia diperlukan untuk menguruskan hal bisnes. Kerna si ayah tahu Malik punya impiannya sendiri dan impian tu bukanlah untuk dia bekerja di bawah sayap ayahnya....
Melihat si anak tekad dengan hal tersebut, mula lah si ayah mengukir senyuman jahat. Nasib baik si ayah membelakangi si anak ketika ni.... kalau tak, memang si anak nampak raut wajahnya.... "Baiklah," ujurnya sambil menoleh kepalanya pada Malik. "Kalau itu yang engkau mahu, akan ayah uruskan."
Terukir senyuman lebar di wajah Malik. Gembira dia tak terhingga bila mendapat persetujuan ayahnya... Nanti boleh lah aku sampaikan berita gembira ni pada stalker, uturnya di hati.
"Tapi dengan syarat!"
"Whatever you ask, ayah... I will do it!" Balas si Malik gembira seakan akan tidak peduli lagi apa yang ayahnya mahukan darinya. Yang penting, apa yang Sara inginkan dapat dia tunaikan...
Senyuman si ayah kelihatan lebar... suka benar hatinya bila mendengar... ni yang tak sedap bila tengok ni sebab si ayah macam ada je udang di sebalik batu nih.... malik ni tak sedar pula senyuman ayahnya..
![](https://img.wattpad.com/cover/19771615-288-k489184.jpg)
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomansaSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...