"Malik! Aku suka kan kau Malik! Aku cintakan kau, Malik!" Perempuan yang bertudung segi empat menarik narik tangan Malik dengan suaranya yang penuh desakan. Mata perempuan itu penuh dengan kegilaan dan fikirannya hanya ada Malik.
Malik.
Malik.
Malik.
Malik.
Malik.
Tiada ada apa apa difikirannya selain Malik. Linangan airmata mengalir membasahi pipinya itu. Dia mahu cintanya di balas. Dia mahu memiliki jejaka yang berkulit putih itu. Dia mahu Malik!
Orang yang melintas di jejantas itu tanya diam dan memandang mereka berdua dengan lirikan yang penuh dengan kejengekelan. Pelintas menganggap itu hanya perkelahian diantara kekasih. Tiada seorang pun mahu menghulurkan pertolongan ataupun bertanyakan masalah sigadis dan Malik.
Malik terasa sesak nafas dek rayuan si gadis yang tak masuk akal itu. "Malik, kenapa kau buat aku macam ni? Aku cintakan kau, Malik!" Semakin kuat gengaman sigadis. "Kau tak cintakan aku ke, Malik?" Tangisnya dengan mata yang tajam menusuk mata Malik.
"Maya," uturnya Malik dengan suara lembut. "Jom kita bincang tempat lain," pohonnya dek ramai mata memandang. "Kita bincang tempat lain ye?" Cara percakapannya seakan akan seorang lelaki bercakap dengan bayi yang belum faham apa itu A, B, C.
"Aku tak nak! Aku nak jawapan kau sekarang juga, Malik! Katakan kau cinta aku, Malik! Katakan kau cinta aku!" Tegasnya sambil menarik narik kuat tangan sejejaka.
Desakan Maya mencucuk hati sejejaka. Matanya sedih, kerna dia tak dapat memberikan jawapan yang di inginkan Maya. Ya...hatinya tidak mencintai gadis itu. Sedikit pun hatinya tidak dimiliki Maya... mulut Malik tertutup rapat. Wajahnya yang layu dan pucat seakan akan memberitahu si Maya, dia tidak mencintainya.
Maya, yang dari tadi tajam memandang Malik seakan akan beku bila melihat reaksi si jejaka. Tahu lah dia Malik tidak mencintainya. Tahu lah dia, tiada sedikitpun dirinya di hatinya. Tahu lah dia, dia tidak mampu memiliki cinta si jejaka. Dia melepaskan tangan Malik, kaku bila mendapat jawapannya.
"Kenapa, Malik? Aku cintakan kau, Malik! Tak cukup kah semua tu? TAK CUKUP KAH SEMUA ITU?" teriaknya pada perkataan terakhir.
"Maafkan aku, Maya. Tapi itu tak bermaksud....," belum sempat Malik menghabiskan kata katanya, Maya memotong dengan suara yang penuh dengan kemarahan.
"AKU CINTAKAN KAU. KENAPA KAU TAK CINTAKAN AKU? KENAPA?!?" si gadis kini seakan akan hilang waras. Seakan akan jawapan dari Malik merupakan tamparan hebat untuk dirinya. "Aku lebih rela mati daripada hidup mengetahui cinta aku kau tolak!" Uturnya tanpa berfikiran. Apabila dia menyedari kata katanya itu, mindanya seakan akan setuju dengan uturannya yang keluar dari bibirnya tadi. "Ya, aku lebih rela mati. Aku lebih rela mati daripada melihat kau bersama perempuan lain."
"Maya! Apa yang kau merepek ni?" Marah Malik apabila mendengar percakapannya yang seakan akan tidak waras. "Ingat Allah, Maya! Mati bukanlah penyelesaian pada semua masalah!" Belum sempat Malik memujuk Maya, si gadis sudah pun menaiki pagar jejantas. Airmata membasahi wajah si gadis. Keputusan yang diambil seakan akan muktamad. Matanya yang tadi tajam kini layu dan penuh kesayuan.
"Selamat tinggal, Malik."
Mata Malik terbeliak. Kata kata terakhir dari Maya sebelum dia melompat jatuh dari atas jejantas, menusuk tajam di hatinya. Maya yang baharu saja tadi berdiri di pagar jejantas kini sudah tiada.
"Maya," suara yang lemah dan kecil keluar dari bibir Malik. Tanpa berfikir, dia berluru ke pagar jejantas. Matanya melihat bawah di jalan raya. Disitu, tumpahnya darah yang banyak. Badan yang tadi lincah bergerak kini seakan akan patung. Yang tadi hidup kini sudah tiada.....
Malik mengenggam kuat pagar jejantas. Matanya besar terbeliak. Airmatanya membasahi pipinnya.... Gadis comel yang dia kenali dulu yang selalu mengekorinya ke mana mana sudah tiada lagi....
"MAYAA!!!!!"
-----
Terloncat bangun Malik dari tidurnya. Dia dapat rasakan hatinya bergerak pantas. Badannya yang dibasahi peluhnya sendiri seakan akan bereaksi dengan mimpi ngerinya.
"Astagafirullah hal azim," si usapnya wajahnya yang basah dek peluh. Di lihatnya sekelilingnya. "Aku...di bilik ku," uturnya pada diri sendiri.
Dia mendiamkan dirinya. Hatinya masih berlari pantas mengejar masa dek kejutan dari mimpi ngerinya. Dirinya yang penuh dengan peluhnya sendiri seakan akan mengingatkan si Malik dengan mimpi ngerinya yang baharu saja tadi.
Dia merana sebegini dek si stalker....
Dia teringat memori lama kerana si stalker...
Si stalker membuka luka lamanya...
Si stalker yang membuatnya merasa sebegini rupa!
Kerana si stalker, dirinya tidak dapat tidur lena.....
Kerana si stalker!
"Tak...ni bukan salah si stalker. Dia tak tahu. Dia tak tahu kisah silam ku. Dia hanyalah seorang gadis yang tidak tahu apa apa," pujuknya pada diri sendiri.
Sejujurnya itu lah yang dia mahukan. Dia berharap si stalker hanya lah sekadar peminat biasa. Dirinya mahu si stalker seorang gadis yang biasa.
"Dia bukan Maya."
Walaupun perkataan itu sendiri keluar dari bibirnya tapi hati nya masih lagi risau. Risau si stalker itu sama seperti Maya...
Takut dirinya terpaksa menghadapi benda yang sama sekali lagi....
Takut dirinya akan 'membunuh' lagi seorang gadis seperti mana yang dia lakukan pada Maya
Takut.....
Dia takut....
Malik dibelungi didalam lubang ketakutan....takala Sara? Dirinya nyenyak tidur di atas katilnya yang empuk. Dia yang tidak tahu bahwa kewujudan dia di dalam hidup Malik akan merosakkan Malik dan menjeratnya di dalam penjara masa silam...
Sara....bilakah dia akan sedar? Bilakah dia akan sedar dirinya menyeksa Malik?
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomanceSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...