Bab 9 : UMI!

602 23 2
                                        

"Umur kau dah berapa?" Tanya pak cik sambil membelik belik barangan produk yang dijual Sara.

"21 tahun, pak cik." Sara balas dengan senyuman manis yang di ukirnya di wajahnya yang sedikit gebu tu.

"Sudah kawin?"

"Belum, pak cik."

"Kenapa belum?"

Fuh...tersendak sekejap si Sara mendengar soalan si pak cik tu. "Sebab masih muda, pak cik," diberinya alasan yang sering dia dengar dari ibubapanya dan kawan kawannya. Sejujurnya Sara memang menenam hajat untuk bersuami. Namun ibubapanya tidak menyokong hajat si Sara ni. Dia selalu saja tanya mak dia tapi tak dilayan.

"Jadinya?"

Wahh...power juga kata kata pak cik ni. Sara tak tahu nak balas macam mana cuma dapat ketawa je. Kalau nak mengikutkan hati nih, nak saja dia sokong kata kata pak cik tu.

Selepas membelek belek barang produk si Sara, pak cik tu pun pergi sebab tak dapat apa yang dia nak. Sara tak kata apa apa. Dia hanya senyum pada pak cik tu sampailah kelibatan dia dah tak nampak.

"Assalamualaikum,  Sara!" Muncul pula tetiba si Percil ni dengan senyuman dia yang lebar tu. Macam ada je yang dia nak nih.

"Waalaikumussalam,  percil," sahutnya manis. "Percil, Malik....hari ni dia ada?" Uturnya dengan suara yang malu malu. Fuh, ayu sangat lah tu konon.

"Adaaa," balasnya.

Wah...lebar terus senyuman Sara nih. Suka benar dia nih bila tahu Malik ada. Semenjak Zura tanya si Percil tentang Malik, Sara nih macam dah tak malu dah kalau nak tanya Percil pasal Malik. Ish ish ish.... Si Percil ni pun layan sangat si Sara nih. Kalau macam ni, perangai si Sara nih boleh makin teruk nih.

"Umi! Kau dengar tak apa Per..," uturnya gembira sambil menoleh ke kedai Umi tapi bila nampak je kedai yang tak buka tu, terputus terus perkataannya. Sayu terus wajah Sara nih bila tengok kedai Umi. Selepas je Malik tak busy dan selalu je kat bangunan kerjannya, Umi di pindahkan di tempat branch yang lain. Sedih Zura dan Sara bila dapat tahu. Tapi apa kah daya. Itu kehendak boss Umi, tak dapat memilih sangat tempat kerja nih. "Alah, lupa plak Umi dah tak kerja sini," sahutnya dengan senyuman dan tawa tawar. Nih yang buat dia rindu Umi nih.

Tengah tengah si Sara dok melayan perasaan dia yang sedih tu, melintas pulak mamat Malik ni dengan sepupu dia si Haffiz nih. Bad timing betul lah.

"Assalamualaikum Malik, Haffiz," sahut si Percil nih dengan tangannya siap di udara lagi. Macam nak bagi high five je. Wah....belebih nyer si Percil nih!

"Waalaikumussalam, " sahut si Malik dengan senyuman manis yang diukir di wajah dia yang putih natural tuh. Fuh, ni yang buat hati Sara cair nih.

Sara yang tadi dok layan sedih dia tu terus je terbangun bila dengar suara Malik. Sah sah sangat lah hati dia cair weh. Mata dia macam tak lepas je dari Malik tapi mulut dia dok diam jer. Tak pula berbuka bibir dia bila Malik sendiri ada kat depan dia.

Tiga jejaka tu macam sedap jer bercakap sesama. Entah apa yang di cakap pun Sara tak tau. Angau sangat si Sara nih bila nampak Malik...ish ish ish.

Tak sampai lima minit pun diaorang bercakap cakap, dah nak bla pula si mamat kulit putih tu. "Aku pergi dulu. Nak beli barang," ujur si Malik sambil melemparkan senyuman dia yang memang manis je bila tengok. Dengan katanya tu, terus lah mereka dua pergi meninggalkan si Percil dengan Sara. Bila kelibatan Malik dah tak nampak, baru lah bersuara si Sara nih.

"Percil....handsome betul dia tu," uturnya dengan dirinya masih di dunia khayalan.

Percil hanya tersenyum mendengar kata kata Sara. Entah mengapa, Percil tak nak usik Sara tentang Malik. Entah lah. Dia cuma rasa dia tak patut usik mereka berdua. Kenapa? Dia sendiri pun tak pasti tapi...alah, biarkan aja lah. Kalau hati dah kata macam tu, ikut aja lah.

Di waktu yang sama....

"Semenjak dua menjak ni aku tengok kedai satu tu tutup," utur Malik sambil memilih milih barang di supermarket tuh.

"Haaa...dah tu?" Ujur si Haffiz seakan akan tidak tertarik nak dengar kata kata si sepupu. Tangan dan mata dia terlalu busy memilih makanan dan minuman ringan untuk makanan tengah hari mereka. Haik...tu je ke makanan diarong ke. Ish ish ish... cuba lah makan makanan yang berzat sikit. Ni tak...junk food jugak lah yang korang pilih.

"Kedai tu dah tutup kan....tapi kenapa aku masih rasa ada mata yang ekori aku? Rasa sejuk je tadi aku rasa," ujurnya dengan suara yang serius. Terhenti sekejap si Haffiz nih bila dengar apa yang dicakapkan si Malik nih.

"Selama ni kau fikir stalker kau tu yang perempuan jaga kedai yang dah tutup tu ke?"

"Macam tu lah."

"Tapi sekarang kau tak rasa dia tu stalker kau?"

"Hmm....tak."

"Jadi, sekarang ni kau rasa siapa stalker kau?"

Terdiam sekejap Malik mendengar kata kata Haffiz. Kalau bukan gadis tu, siapa dia stalker aku ni? Entah entah dua perempuan yang bekerja sebelah gadis tu kot?

Tak....bukan dua...

Tapi satu.

Aku dapat rasakan hanya satu pasang mata yang suka mengekori aku. Ya...aku dapat rasakannya. Hanya seorang saja stalker aku.

Diantara dua, aku rasa dia lah stalker tu.

Ya...aku yakin dia lah yang selalu men stalk aku.

Aku pasti!

Sekarang aku cuma perlu pastikan tujuan sebenar dia!!

Diari Seorang StalkerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang