Bab 16 : SECARA PERLAHAN....

565 20 1
                                    

"Apa yang membuat kau suka Malik?"

Soalan yang di tanya Ikah semalam betul betul membeku si Sara. Hatinya terus kecut apabila mendengarnya...

"Adakah aku mencintainya kerna wajahnya yang putih dan kacak itu? Atau kerna kekayaan yang dimilikinya? Ataupun aku jatuh cinta pada keindahan dan kecantikkan rambutnya?" Bisik Sara di hatinya, matanya mengelamun jauh tapi badannya menjaga kedai milik bossnya. Betul betul stress Sara bila mencari jawapan pada soalan yang bukan main senang tu... Sara mulai rasa benci pada diri sendiri dek kesusahan mencari kratekria Malik yang membuatnya gila. Adakah selama ini dia menyukai Malik kerna dia suka dengan kecantikan luaran? Adakah, tanpa dia sedari, dia seorang materialistik???

Kalau di ikutkan hati, nak tungang terbalik tudung yang dipasangnya tu. Mana tidaknya, perangai dia ni nak sama betul macam Malik. Setiap kali stress, kepala dan rambut lah yang jadi mangsanya....  Nasib juga lah dia di tempat kerjanya. Kalau tak, memang kusut masai lah dia jawapannya.

"Adik... adik yang jaga kedai ni ke?" Terkejut adik manis kita ni bila terdengar dirinya di panggil. Menoleh terus dia pada empunya suara. "Yang ni berapa ye dik?" Oh customer rupanya. Nampak sangat si Sara sedikit kelam kabut dengan kedatangan pelangan tu. Tu lah...mengelamun lagi. Sampai sampai customer datang pun dah tak sedar...

Sara yang dulunya bahagia hidup di dunia awannya kini seakan akan rebah ke tanah yang keras. Kalau saja dulu dia ditanya sebab dia menyukai Malik, memang senang sangat mulut dia nak besuara.... tapi sekarang... entah. Dirasakannya Malik ni sekarang hanyalah crushnya... dirasakannya Malik ni hanya sebuah bintang yang hanya melintas sebentar di hidupnya... Dirasakannya Malik bukanlah sejenis lelaki yang dapat di panggilnya suami...

Ewah ewah.. Sara ni baru je berusia 21 tahun dah berhajat nak bersuami. Ni kalau mak dia tahu nak kena bedil ni telingannya.. Bagi mak Sara, usianya masih mentah. Biarlah sigadis menyambung pelajarannya sehingga tahap tinggi barulah berkahwin. Biar lah si gadis mendapat kerja yang tinggi dan tetap barulah bersuami.

Sebenarnya tak salah kalau kawin muda. Asalkan kedua dua pihak berkemampuan. Betul tak??

Haaa... dok Sara kita ni pikir pasal Malik ni, jom kita intai si jejaka hensem kita tu....

"Malik, dengarlah apa yang aku nak katakan ni...," utur Ridwan dengan nada terdesak sambil mengekori si lelaki dari dapur rumah sehinggalah ke ruang tamu. Eh...masih kat rumah rupanya..

Ridwan nampaknya masih lagi belum dapat memberitahu Malik tentang masalah bangunan itu. Setiap kali si Ridwan ingin bersuara, ada saja yang dibuat Malik agar tidak mendengarnya.

Ish ish ish...Malik ni...perangai macam budak budak! Oh Sara, apasal lah kau dok suka lelaki macam ni weh!

"Malik.. jangan lah kau asyik lari. Aku ada hal nak bincang dengan kau ni!" Uturnya tegas, seakan akan letih mengekori si abang angkat mengelilingi rumah mereka yang terlalu besar tu. Terhenti si Malik seketika bila mendengar suaranya. Mereka yang sekarang berada di hadapan ruang tamu kelihatan agak tegang. "Aku tak tahu kenapa kau asyik lari tapi aku memohon kat kau... dengarlah sekejap dengan apa yang ingin aku katakan!"

Malik menoleh pada si adik angkat... wajah Ridwan yang serius membuat Malik merasa bodoh kerana asyik melarikan diri darinya.. haa.. sedar pun diri tu macam kanak kanak! "Ok... kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku akan duduk dan dengar," uturnya sambil merebahkan punggungnya pada sofa yang tak jauh darinya tu.

Ridwan mengucapkan terima kasih lalu tanpa berlengah lengah, dia memberitahu Malik mengenai masalah yang di katakan Sara. Hampir semua kata kata Sara di beritahunya betul betul pada Malik. Ridwan meminta Malik agar dapat menolongnya untuk menyelesaikan masalah itu.

Raut wajah Malik apabila mendengar Ridwan kelihatan agak terkejut sedikit. Dia mulai rasa bodoh dengan kelakuannya pada Ridwan... "Kenapalah aku ni bodoh sangat?" Bisiknya kecil tapi cukup kuat untuk si Ridwan mendengarnya...

"Apa dia?" Soalnya kerna kurang mendengar apa uturan si Malik.

"Tak ada apa apa," balasnya dengan sedikit kelam kabut.

"Jadi... bagaimana? Mahukah kau menolong ku?"

"Baiklah. Akan aku tanya ayah...," balasnya dengan suara yang lemah. Haii...terpaksa lah dia menghadap ayahnya... dia memang tidak gemar untuk berjumpa si ayah... terlalu banyak masalah yang tak selesai di antara mereka.. keluar keluhan dari bibirnya..

Ridwan mengukir senyuman manis di wajahnya. Alhamdulillah..., uturnya di hati. Nampak sangat si lelaki berdarah cina ni gembira apabila Malik mahu membantunya. Walau terselit rasa hairan kerna Malik mahu menolongnya tanpa banyak alasan diberi, hatinya bersyukur. Selepas sahaja dia mengucapkan terima kasih, kakinya terus melangkah keluar dari ruangan tamu. Malik di tinggalkannya sendiri di sana...

Malik betul betul terdiam di sofa itu...

Aku ni...betul betul mulai sukakan stalker aku ke?, uturnya di dalam hati. Mahu saja dia menafikannya tapi selepas dia sedar bahwa perangainya berubah di saat Sara memanggil Ridwan... susah baginya untuk mengatakan dia tidak menaruh sedikit perasaan pada sigadis...

Bukan itu saja...bila dia sedar dirinya sanggup menghadap ayahnya sendiri demi menyelesaikan masalah yang disuarakan Sara, tak bisa dirinya menafikan perasaan nya itu..

"Memang betul lah kata Haffiz. Cinta itu memang buta....," tawanya kecil seakan akan mendapati kehadiran si stalker di hidupnya telah membuat dirinya tunggang terbalik. "Dia bukan Maya... I really should give her a chance."

Wahh... akhirnya si Malik sanggup membuka sedikit hatinya untuk menerima si stalker di hidupnya. Akhirnya si Malik sedikit sebanyak tidak melihat stalker sebagai Maya.. akhirnya si Malik sedikit menghargai kehadiran si stalker di hidupnya...

Tapi..

Di saat Malik membuka pintu hatinya yang telah lama berkunci, Sara pula menutup hatinya...secara perlahan, si Sara menutup hatinya dari menerima akan kedatangan Malik di hidupnya.. secara perlahan, Sara mulai mempersoalkan perasaannya pada si lelaki...

Secara perlahan...

Sara melangkah keluar dari alam awannya

Takala secara perlahan...

Malik membuka pintu khayalannya...

Diari Seorang StalkerWhere stories live. Discover now