Dah genap dua bulan Sara bekerja. Persahabatannya dengan Umi dan Zura kelihatan rapat. Walaupun kedai mereka bersebelahan, masing masing tolong menolong sesama sendiri. Tak adanye motto 'aku aku, kau kau'. Kerjasama dan sikap tolong menolong antara mereka lah yang merapatkan tali persahabatan mereka.
Kalau tentang lelaki yang menarik perhatian si dayang Sara, hmmm.... cemna nak ceta ek? Lelaki hensem tu walaupun tak selalu, ada masanya dia melintas kedai Sara. Cuma.jarang sikit. Dalam dua bulan tu, lima ke enam kali je dia melintas. Sara ni tak lah suka sangat sampai tahap mengila kat dia. Tapi perhatian nya tetap di curi lelaki tu. Hatinya selalu jer tertanya tanya sapa dia tu. Dek kerana malu kucing, tak penah sekali pun si Sara ni bertanyakan hal lelaki tu kat Zura dan Umi. Malu weh. Entah apa lah yang di malukan si Sara nih.
"Dik, ni berapa?" Suara customer mengejutkan Sara yang mengelamun jauh tu. Tersedar je, kelam kabut Sara melayan customer nya.
"Eh, err... yang ni ke?" Haih...nampak sangat gelabah si Sara tu. Rileks Sara~ Rileks~
Tu lah, kalau tak banyak orang, memang mengelamun je lah kerja nya. Ish ish ishh..
"Rileks dik. Akak tunggu, dik. Rileks je," fuh! Ni lah customer awesome namanya. Walaupun si Sara ni macam tu, dengan senyuman indah nan purnama dia suruh rilek. Jarang weh ada customer cemni. Untung kau, Sara!
Lepas orang suruh dia rileks, baru lah dengan cermatnya dia layan customer tu. Tak gelabah dah. Macam pro jer dia tu lepas reda sikit. "Terima kasih, kak," tu lah yang selalu Sara cakap bila customer nye selesai je beli barangnya.
"Haa... tu lah. Mengelamun je lagi," Zura mengejutkan si Sara dengan tawa kecil.
"Alaa.. tadi bukannya ada orang pun. Jadi tak salah aku mengelamun," balasnya dengan wajah merajuk. Merajuk main main jer tu. Takdenya si Sara nak merajuk betul betul sebab sindiran Zura je.
Hah! Time time cemni lah, lelaki hensem tu melintas kedai Sara. Tapi kali ni dia tak se geng. Dia gan seorang lelaki ni. Kawan dia kot. Macam keturunan cina je bila tengok kawan dia tu. Smart pulak tu. Tup tup diarong melintas, si Zura ni menegur si kawan tu.
"Assalamualaikum, Wan," fuh! Manis je dia memberi salam kat si Wan tu.
"Waalaikumussalam," Wah! Merdunya suara si Wan ni!
Eh!....
Jap....
Apasal lelaki yang macam berdarahkan bangsa cina ni membalas salam Zura? Muslim ke si Wan ni? Si Sara lagi lah heran bila dengar Zura dan Wan berbalas salam.
"Nak kemana, Wan?"
"Supermarket"
"Ohhh...okay okay. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Supermarket? Oh ya! Kat tingkat basement, ada supermarket. Kan kedai Sara kat tingkat satu. Tu lah sebab kot dok asyik melintas kedai Sara. Rupanyaaa...
"Islam ke?" Tak malu malu si Sara tanya kat Zura.
"Islam"
"Namanya Wan?"
"Ridwan nama penuh"
"Ohhhh"
"Banyak soalan ni, suka kat dia kee?" Kacau Zura dengan senyum lebar. "lau kau syok kat dia, aku bagitau dia nanti." Zura dan Sara ni memang suka mengatil sesama sendiri. Kelmarin hari teruk si Zura di kacau Sara. Hah, ni hari giliran Zura pulak!
"Eh! Manada! Aku selalu nampak dorang dua melintas sini. Tu je lah," balas Sara. Hah, Sara tak tipu tau. Si lelaki hensem tu kalau tak be geng, selalu sangat dengan si Wan. Tapi bila si Wan ada je, Zura yang takde. Tu lah baru hari ni Sara nampak Zura menegur kawan encik hensem tu.
"Toksah lah malu malu gan aku. Kalau suka tu cakap je lah suka. Aku boleh temukan korang dua." Sindir manis Zura kat kawanya tu.
"Ish..kau ni. Takdenya aku nak suka kat dia weh. Orang tanya je lah," hah, Sara ni kalau malas nak layan orang, pura pura lah dia menyusun yusun barang. Konon nak buang kes lah.. Zura kelihatan girang bila dia menang perang mengatil hari ni. Mengalah juga si Sara nih. "Tapikan, aku selalu nampak diarong melintas kedai kita. Sapa dorang ye?" Hah! Dua bulan kerja kat situ, baru hari ni dia berani betanya. Tapi buat muka innocent lah si Sara ni, konon baru je realise benda tu.
"Owh. Si Wan tu kerja kat hotel atas. Kan tingkat lima sampai enam hotel. Kan sana lah si Wan keja." Sara nampak macam tekun je memdengar. Kan di bangunan Sara kerja ada enam tingkat. Basement supermarket. Tingkat satu sampai tiga kedai kedai dan restaurant. Tingkat empat banyak office kat sana. Hah...dari tingkat lima sampai yang atas sekali tu lah hotel. "Yang sorang lagi tu Malik namanya. Yang tu pun kerja kat hotel."
"Kerja hotel? Tapi aku tengok si Malik tu pakai baju biasa je. Casual je baju dia." Tak pernah sekali pun si Malik berpakaian cermat macam Wan. Tu lah yang Sara dok heran tu. Tak boss diaorang marah ke kalau Malik berpakaian bebas cemtu?
"Lantak dia lah. Dah nama anak empunya hotel. Biar je lah," selamba je jawapan Zura tu. Mata si Sara bukan main terbeliak bila dengar. Anak empunya hotel? Betul ke apa yang aku dengar ni weh? "Bukan je hotel tu dia yang punya, bangunan ni sekali dia punya tau."
Weh! Betul ke ni! Kaya sangat ke mamat yang aku selalu intai ni! Biar betul weh!
"Jangan terkejut ye. Dia tu anak puteri. Royal tuh!"
ROYAL?? Weh! Betul ke ni?
Time time tu juga lah si Malik gan Wan melintasi diaorang. Mata Sara melekat kat Malik, masih lagi tercekik dengan kata kata Zura.
Malik, anak puteri!!!!
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomanceSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...