Bab 13 : DIA MY FIRST PRIORITY! MALIK NANTI!

567 23 0
                                    

Berdebar debar rasanya hati ni. Fuh, ni yang buat hati tak berhenti berlari laju ni. Zura yang seperti biasa biasa jer, membuat Sara ingin bertenang. "Nanti kalau dia melintas, cakap je lah," pinta Sara pada dirinya sendiri...wah wah wah, gelabah jer si Sara ni. Dia yang berdiri sebelah Zura di luar kedai mereka membuat hatinya semakin berdebar debar. Macam nak confess cinta dia je bila tengok.

"Nanti kau yang cakap, okay?"

Sara hanya mengangguk mendengar kata kata Zura. Kalau nak ikutkan hati, nak saja hilang suara dia nih. Dah panik sangat lah tu.

Mereka seakan akan menunggu seseorang untuk melintas kedai mereka... hmmm, tunggu Malik ke ni?

'Haa, tu dia!" Zura mengkabarkan keberadaan seseorang jejaka yang sedikit jauh dari mereka. Mata Zura seakan akan menunjukkan kelibatan si jejaka pada Sara. Menelan terus Sara air liurnya.

"Okay. Beranikan diri! Jangan takut!" Sara memberitahu hatinya. Zura tak dapat dengar apa yang dikatakan Sara sebab dia membisik uturannya itu pada hatinya.

Namun si jejaka bukan berseorangan. Dia bersama tiga lagi lelaki. Mereka yang baharu sahaja dari supermarket di tingkat bawah tidak menyedari si Sara yang memang nervous tahap maxima!!

"Kau sendiri yang cakap kat Ridwan, okay?" Utur Zura, memberi semangat pada Sara yang sekarang ni rasa nak pengsan dan rebah tu.

Eh....bila tengok betul betul, Ridwan ni rupanya bersama Malik, Haffiz dan Razzaq! Hehe tadi jauh sangat...tak berapa nampak.

Eh! Tunggu jap... Ridwan? Ada apa hal si Sara ni nakkan Ridwan? Perangai dia lagi macam nak confess cinta tapi bukannya Malik ke jejaka yang dia dok minat? Apasal plak si gadis ni nak nervous sebab Ridwan plak ni? Dah bertukar hati ke dia ni? ....

Sara nampak Ridwan berjalan sedikit pantas kehadapan, seakan akan tidak menunggu tiga lelaki yang berada di belakangnya. "Okay! Tarik nafas! Rileks! Rileks!" Bisik Sara di hatinya. Sara yang terlalu fokus memikirkan Ridwan membuatkan dirinya tidak menghiraukan Malik mahupun kedua jejaka yang lain tu.

"Ridwan," wahhhh.... kecil sangat suara dia memanggil nama Ridwan ni! Tu yang si jejaka ni dok main lintas je si Sara ni! Nak terkejut Sara bila sahutnya tak dibalas. Dah lah kaki lelaki tu dok pantas berjalan! "Ridwan," panggilnya sekali lagi tapi kini sedikit besar suaranya. Haik...apasal lah si Sara ni macam control ayu sangat ni? "Ridwan," uturnya kini menghampiri si lelaki.

"Huh?" Haa...baru lah si lelaki ni sedar Sara ni memanggil manggil nama dia. Muka dia terkejut apabila si gadis tu menghampirinya. Mana tidaknya, dia tak rapat dengan Sara. Bercakap dengan dia pun tak pernah! Walaupun begitu, dia tahu akan kewujudan si Sara sebab dia selalu sangat melintas kedai Sara. Kalau tak dengan Malik, dia sendiri akan ke supermarket tu.

"Ummm...Sini sekejap. Aku nak cakap sesuatu," fuh...si Sara ni bukan main lembut lagi suara dia. Kalau nak tahu, dia bukan control ayu okay.. dia kalau nervous memang keluar sedikit keayuan dia tu.

Raut wajah si Ridwan ni macam dalam keliruan jer tapi setia je dia ikut Sara kedepan kedai Zura. Sara ni memang jenisnya pemalu dan penakut sedikit bila dengan orang yang tak biasa. Apatah lagi lelaki! Jadi Sara mesti ada teman, baru lah berani sedikit.

Haaa....dok dok Sara sibuk dengan Ridwan tu, Malik yang nampak kejadian tu buat macam benda tu tak ada kena mengena dengan dia. Kaki dia pantas je melintas Ridwan dan dua gadis tu. Dia langsung tak toleh pun kat mereka!

Tapi lain pula dengan Razzaq ni! Nampak je si Ridwan di ambil Sara, nak saja dia mengusik gadis gadis tu. Tanpa warning, di tariknya bahu si abang dia dengan wajahnya menatap pada Zura, "This is Abdul!" uturnya dengan wajah yang penuh manja dan innocent! Rambut dia yang sedikit kembang dan curly seakan akan krebo tu menambah lagi kecomelan si Razzaq ni! Tindakannya yang secara tiba tiba tu membuat Haffiz menarik wajahnya dalam kejutan!

"Sorry. We want Ridwan saja," jawapan yang pantas dari Zura membuat Razzaq tersenyum manis. Lucu juga perempuan ni, uturnya di dalam hati. Selepas mengusik abangnya dan gadis tu, dia dengan selamba dan innocent meninggalkan Ridwan bersama gadis gadis tu. Ridwan memberi isyarat tangan pada Haffiz untuk pergi sahaja dulu. Dari raut wajah si Sara, macam apa yang dia nak bincangkan tu akan mengambil masa sedikit.

Malik yang memang dah jauh sedikit dari mereka tidak peduli dengan hal yang dihendakkan Sara.

Razzaq yang bersifat kebudak budakkan terpikat dengan jawapan comel dari Zura.

Haffiz yang mengikut Razzaq dan Malik dari belakang masih terkejut dengan apa yang dilakukan si adik.

Sara yang tidak menghiraukan Malik kerana terlalu men focuskan hal yang ingin di bincangkan pada Ridwan masih kelihatan nervous.

Zura yang tersenyum dek kelucuan dengan telatah Razzaq yang dia tak sangka sangka merasa si jejaka berambut krebo tu comel orangnya!

Takala Ridwan yang berdiri di hadapan Sara, dalam kebingungan dengan apa yang hendak dibincangkan Sara.

Fikiran mereka sibuk dengan hal masing masing.... tapi yang penting sekarang ni, apa Sara nak dengan Ridwan ni??

Diari Seorang StalkerWhere stories live. Discover now