Bab 19 : RIDWAN DAN MALIK DI MATAMU!

615 19 0
                                    

Sara seperti setia saja menunggu kehadiran si Ridwan. Sejak dia menyuarakan masalahnya dengan bilik sembahyang tu, tak pernah dia nampak si jejaka tu. Malik... lepas hari tu, dua hari dah dia tak muncul muncul. "Alhamdulillah," bisik si Sara di hatinya. Bagus lah kalau Malik tak ada. Senang kalau hati ni nak lupakan dia.

Berdiri si Sara di luar kedai dia. Mata dia mengintai gintai kiri dan kanan... Mana lah encik Ridwan ni... 

Haa.. kalau nak tahu, Sara nak jumpa encik Ridwan sebab dia nak berterima kasih padanya. Bilik sembahyang bahru sahaja di dalam proses pengubah suaian... rasa gembira benar benar menerangi hati Sara.

Zura hanya tersenyum nelihat karenah Sara. Di dalam fikirannya, si Sara menunggu nunggu si Malik. Maklumlah, kan Malik ni jejaka yang di gilakan Sara. Sedikit pun Zura tak tahu bahwa Ridwanlah si Sara inginkan. Sedikit pun Zura tak tahu, bila bilik sembahyang tu selesai di ubahsuai.... Sara akan pergi meninggalkannya.

Haih... kesian Zura. Sahabat yang baru dia dapat beberapa bulan dah nak pergi meninggalkannya. Bukan tu je, si Sara sedikit pun tak memberitahunya bahwa dia akan berhenti bekerja. Pasti hati si Zura akan luluh bila mendapat tahu si Sara pergi tanpa memberi kata selamat tinggal...

"Ah! Tu Ridwan!" Mulutnya menunjuk pada Ridwan dan Malik yang baharu saja dari supermarket. Eh... bila plak mereka melintas kedai mereka? Tak nampak pun tadi. Ah... lantaklah...

Terukir senyuman manis di wajah Sara bila dia ternampak kelibatan Ridwan. Nak sangat dia berterima kasih kat lelaki tu...

"Ridwan..," suaranya manis je bila sebut nama lelaki yang berada di belakang Malik. Malik yang ketika itu seakan akan dekat Sara, tersentap sedikit bila nama Ridwan di panggil panggilnya. Di dalam hati Malik tertanya tanya apa yang di inginkan Sara dari Ridwan. Muncul rasa cemburu si Malik bila Sara nampak gembira dengan mata si gadis berpancar pancar melihat si adik angkat. "Ridwan."

"Huh?" Utur si Ridwan, kelihatan blank bila namanya di panggil si gadis tu. Terhenti betul si Ridwan dekat Sara. Takala Malik? Dia terus melangkahkan kakinya kehadapan. Tidak sanggup hatinya melihat si Sara berbicara dengan Ridwan... cemburu betul hati si lelaki ni...

"Ridwan. Aku nak berterima kasih sebab terima masalah saya dengan baik. Awak tak marah bila saya complain dan marah marah. Awak accept jer dengan hati yang terbuka," haaa.. mulalah si Sara bercakap panjang pada si Ridwan ni. Betul betul bersyukur hatinya dengan apa yang telah Ridwan lakukan.

Zura yang tadi berdiri di depan kedainya, pergi mendekati mereka. Dia ingin mengatakan rasa bersyukurnya dan berterima kasihnya pada si Ridwan. "Betul betul. Thanks," utur si Zura dengan senyuman comelnya.

Malik, yang kini sedikit jauh dari mereka bertiga, merasa membara sedikit. Cemburu betul hatinya bila melihat Sara berterima kasih pada Ridwan. Sakit pun ada....Terhenti betul kakinya bila dia menoleh. "Kenapa bukan aku?" Bisiknya dalam hati sedikit sayu.... Tanpa dia sedari, matanya tajam memandang si Sara. Biarpun si lelaki memakai kaca mata hitam, dapat dirasakan aura yang menakutkan dari dirinya.

Sara, yang dok seronok berbincang dengan Ridwan, terpandang si Malik yang tengah marah tu. Muka serius si Malik dan aura yang menakutkan dari si jejaka membuat si gadis dapat merasakan wajahnya menjadi pucat. Sara, terus hilang tumpuannya pada Ridwan. Nak mengigil gigil ketakutan badan si Sara ni tengok Malik...

Kaki Malik mulai melangkah kehadapan, seakan akan ingin menghampiri mereka. Nah, semakin lah ketakutan si Sara nih! Rasa nak lari je dia... tapi tak sampai lima kali tapak si Malik ambil, Ridwan meminta izin untuk pergi. Terus di tinggalkannya mereka dan lantas mendekati si Malik....

Pergilah dua jejaka tu, meninggalkan kedua dua gadis bersama....

Meninggalkan si Sara masih dalam keadaan mengigil ketakutan....

Malik.... kenapa dengan dia tu?, bisiknya di dalam hati. Benar benar menakutkan si lelaki yang bernama Malik tu...

"Sara... kau sedar tak wajah Malik yang serius tadi?" Utur si Zura sebaik saja kelibatan kedua jejaka hilang dari penglihatan mereka.

"Sedar! Menakutkan betul, kan?" Balasnya dengan wajah yang masih lagi terkejut dengan Malik. Jadi bukan dia seorang saja yang merasakan aura menakutkan dari Malik tu....

"Kan! Kan!"

"Mengigil betul aku terus bila nampak wajah dia!!!!"

"Tadi pun bila kau panggil Ridwan, seriously... serius sangat! Sebab tu lah aku tak berani dekat kat kau mula mula tu... sebab aku fikir kau panggil si Malik!"

Mulalah mereka berdua menyuarakan rasa takut mereka... Sara tak sangka si lelaki tu boleh membuatnya merasa sebegini...

Hatinya tak dapat berhenti bertanya....

Kenapa dengan Malik tu....

Pada masa yang sama di kedai milik Haffiz...

Razzaq kelihatan seronok menolong abangnya dengan kerja kedainya. Dia memang suka dengan pakaian pakaian rekaan abangnya tu. Semuanya unik unik dan bersifat patriotik! Walaupun ada yang bergaya simple, ianya cukup untuk menarik perhatiaan seseorang. Bak kata pepatah orang putih, 'Less is more' gitu...

"Terima kasih ya dik. Nanti abang belanja kau makan!" Utur girang si Haffiz sambil menepuk bahu si adik yang sedang sibuk membuat kerja tu.

"Haa! Tu semestinya!" Balas si Razzaq dengan senyuman lebar. Razzaq ni memang ikhlas dan gemar menolong bisnes abangnya tapi benda free, dia lagi suka lah! Rezeki weh, siapa lah nak tolak?

Ruang kedai yang berwarna warni dengan suasana yang ceria tu membuatkan si Haffiz tidak dapat berhenti tersenyum gembira. Rasa macam tak ada apa apa yang boleh membuat harinya yang penuh dengan sinar matahari tu gelap gelita.

Haa.. tepat kat waktu si Haffiz menari nari di atas awannya, terasa pulak dia aura yang gelap dan menakutkan menutup keterangan kedainya. Rasa seram sejuk je dia tuh... bila dia menoleh ke pintu masuk kedainya, ternampak kelibatan si Malik yang agak masam raut wajahnya... baru lah dia sedar si Malik lah punya aura menakutkan tu.

"Kenapa dengan kau ni? Tadi aku tengok elok je," tanya si Haffiz seakan akan dirinya tidak takut pada Malik yang berwajah serius tu!!

Malik tidak bersuara, sebaliknya merebahkan badannya pada sofa kegemarannya. Masih belum reda rasa cemburunya... rasa hatinya yang marah dan sedih kerna yang si Sara panggil bukan dia tetapi Ridwan. Marah dan sedih kerna terasa dirinya tidak dipeduli Sara... Marah dan sedih pada dirinya sendiri kerna tak mampu menyuarakan rasa sukanya pada si dia....

Ridwan yang tadi bersamanya, terus dia tinggalkannya di pejabat. Tak mampu dia berhadapan dengan si adik terlalu lama. Setiap kali dia pandang Ridwan, teringat dirinya dengan kejadian tadi...

Pedih betul rasa hatinya....

Dek dia terlalu memikirkan Sara dengan mata yang tertutup rapat tu, dia terus tertidur lena..

Haffiz dan Razzaq kelihatan bingung dengan perangai Malik tu...

Diari Seorang StalkerWhere stories live. Discover now