Kejadian tadi masih lagi fresh di fikiran Sara. Dia yang tengah termenung jauh, diperhatikan oleh Zura. Baharu saja si Zura nak bersuara, dia ternampak Ridwan yang tak berapa jauh dari mereka. Zura tengok betul betul... si Ridwan ni berseorangan je.
"Ridwan!" Panggil si Zura bila Ridwan melintas kedainya. Terhenti kaki Ridwan dek suara yang comel tu memanggil namanya. Terus dia menghampiri si Zura.
Sara yang dalam dunianya, terbangun serta merta bila terdengar nama Ridwan di panggil. Mulanya dia merasa takut kalau kalau si Malik ada bersama... tapi hatinya lega bila Ridwan hanya berseorangan. Dia masih belum bersedia untuk melihat Malik selepas apa yang terjadi.... Entah lah. Baginya, hatinya masih mengigil ketakutan.
Sara yang masih di tempat duduknya, membiarkan si Ridwan dan Zura rancak berbicara. Si Zura dengan senyuman manisnya, si Ridwan dengan senyuman comelnya. Suasana di antara mereka terasa sangat ceria dan meriah. Sara yang tengok tu rasa macam tak mau kacau je dua orang tu.
Dalam satu minit tu, baru lah si Sara menghampiri mereka. Sebenarnya tak mahu dia menganggu kedua dua yang meriah saja berbicara.. tapi bila dia fikir fikir balik, lagi lah awkward kalau dia dok duduk je di tempatnya. Tak begitu?
Kakinya melangkah menghampiri mereka. Di letakkannya badannya disebelah Zura. Sara di sana diam je mendengar mereka bercakap. Di perhatikannya si Ridwan ni.. mata si lelaki yang asyik memerhatikan si Zura membuat si Sara tertanya tanya di hati, "Ridwan ni sukakan Zura ke?". Dia cuba bersuara, sengajanya untuk melihat reaksi si lelaki. Didapatinya si Ridwan walaupun Sara yang bercakap, matanya tetap memandang si Zura.
Ridwan ada juga bertentang mata sekejap dengan si Sara tetapi lepas tu matanya akan kembali melihat si Zura. Tersenyum si Sara bila tengok...
Tapi terselit di hatinya rasa cemburu. Teringat masih di ingatannya Malik pergi menghampiri kedai si Zura. Siap belik belik barang kat kedainya lama lama lagi! Sekarang Ridwan pulak yang turut terpaut dengan kecomelan Zura.
"Jangan lah cemburu dengan kebahagian orang...," bisik si Sara di dalam hati, memujuk dirinya daripada terjerat dari sarang kecemburuan... "Mungkin masa kau bukan sekarang tapi ianya pasti ada. Sabar saja lah hati. Gembiralah bila orang lain mendapat kebahagian. Gembiralah untuk mereka. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri," Sara mulai menceramah hatinya yang semakin membusuk dengan rasa cemburu tu. Dia memang faham sangat dengan hatinya tu. Selalu saja cemburu dengan kehidupan orang lain. Namun itu tidak bermaksud dia tak ikhlas dengan kebahagian orang lain. Ikhlas tu ikhlas tapi hatinya cepat sangat cemburu.
"Ni, si Sara ni suka sangat kat Malik!" Ketawa Zura sambil menunjukkan jarinya pada si Sara!! Fuhlamak! Tengah si Sara dok berangan, berbicara dengan hatinya jugak lah si Zura bagitau Ridwan!! Boleh jatuh terus mulut si Sara ni kat lantai! Terkejut sangat lah tu!
"ZURAAAA!! Why!!!" Sara, tanpa memikir, menarik tangan Zura dan menghayunnya kiri dan kanan. Malu si Sara sebab Ridwan dapat tahu. Memanglah bukan Ridwan lelaki yang disukainya tetapi dia kan dekat dengan Malik! Takut hatinya si Ridwan akan memberitahu si Malik...
"Malik?" Soal si Ridwan seakan akan tidak memahami pertuturan si Zura.
"Alaaa, Malik. You know. Yang kau selalu temankan tu," balas Zura dengan senyuman lebar di wajahnya. Si Sara yang sedang berdiri sebelah Zura, dapat merasakan wajahnya panas dan merah menyala.
Sebaik saja si Zura utur perkataan 'temankan', baru lah si Ridwan sedar siapa Malik yang disebut Zura. Walau dirinya tahu, tapi terselit di hatinya hendak mengusik si Zura.
"Umm.. yang mana satu?" Soalnya dengan senyuman mengusik lebar di wajahnya. Haik, apasal ketara sangat raut wajah kau tu, Ridwan? Hmm... mungkin sengajanya supaya si Zura sedar sebenarnya dia tahu.
"Aish... kau ni! Malik. You know, Malik. Yang curly hair tu!" Balas si Zura. Bila si Sara terdengar kata kata Zura, terus di potongnya dengan pantas.
"Bukan curly. Tapi wavy," balas si Sara. Aik... walaupun dia dok malu bila Zura memberitahu si Ridwan, dia tetap pantas membetulkan kesalahan yang sebenarnya disengajakan Zura.
"Haa... wavy. Yang wavy hair tu!" Kata Zura membetulkan perkataannya sambil terukir senyuman comel apabila si Sara berkata kata.
"Umm... yang cara dia berjalannya macam mana ek?" Soal si Ridwan dengan tawa kecil melepas dari bibirnya.
Haa.... kalau nak tahu, cara Malik melangkah kakinya unik sedikit. Kalau orang tengok sekali je, dah dapat lihat yang cara dia berjalan lucu. Okay... tak lah lucu sangat. Cuma unik. Sara ni, tak perasan pulak gaya si lelaki tu berjalan. Maklumlah, orang di lamun cinta... apa apa kesalahan memang tak nampak punya lah. Sebab tu lah cinta selalu dikatakan buta. Orangnya dah buta sangat dengan flaws orang yang dicintanya!
Muka Sara punya lah bengang.. sebab tak faham apa yang lelaki tu maksudkan. Zura pulak, ketawa tak henti henti sebab dia tak sangka pulak si Ridwan akan berkata sedemikian rupa!
Nakal juga si Ridwan ni, bisik si Zura di hatinya.
"Kau ni!!" Utur si Zura, masih dalam keadaan yang geli hati.
"Tapi... aku suka Malik dulu je. Sekarang tak lagi," si Sara tiba tiba je bersuara.
Zura yang tadinya asyik gelak je, terus terhenti. Terkejut dia bila dengar. Betul ke babe ni, bisik si Zura dalam hati.
Si Ridwan pun, yang tadi tersenyum lebar... tak tahu nak bereaksi macam mana.
Rasa macam awkward dan sunyi pulak suasana dek statement si Sara nih! Si Zura yang sedar dengan situasi tu terus mengubah topik perbualan mereka...
"Btw, thank you so much sebab bilik sembahyang tu...," utur si Zura, dengan senyuman yang ditampalnya diwajahnya.
Sara yang sedar dengan apa yang dikatakannya, terdiam. Tak sangka pulak dia akan utur perkataan tu besar besar...
Si Zura pulak... walaupun diwajahnya terukir senyuman lebar, hatinya tertanya tanya samada apa yang diutur Sara betul ataupun tidak...
Takala Ridwan... hanya berada disana dengan rasa awkward. Ish...ni Sara punya salah lah si Ridwan kita ni rasa awkward. Kenapa lah mulut dia dok nak bising dengan perasaannya..

YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomanceSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...