Malik menghembus nafas nervous. Dia yang duduk diam di dalam keretanya, dapat merasa tangannya tergetar getar.. Kakinya asyik bergoyang pantas, menampakkan lagi rasa nervousnya. Dipandangnya luar keretanya, dia sudah pun di bangunan milik ayahnya. Semakin lah gugup si lelaki ni bila melihat luar.
"Rileks... rileks," pujuknya pada diri sendiri sambil mengambil dan menghembus nafasnya secara perlahan lahan. "It's time... I should tell her my feelings." Kata kata Ridwan semalam menyedarinya untuk berhadapan dengan perasaannya. Kata kata Ridwan membakar jiwanya untuk berterus terang pada Sara. Namun begitu, dia masih tak mampu menghilangkan rasa takut dan nervousnya.
Baharu sahaja dia nak memujukkan lagi hatinya yang terlalu nervous tu, Haffiz mulai mengetuk cermin keretanya. Terkejut Malik apabila melihat Haffiz memaparkan senyuman manisnya dengan tangannya yang seolah olah mengatakan hai.
~~~..~~~~
"So, kau ada perasaan kat dia lah?" Tanya Haffiz selepas Malik memberitahu segala galanya. Tentang Sara. Tentang Australia. Tentang dia ingin mengatakan cinta pada si stalker.
Malik, mendengar soalan itu hanya mengangguk. Tangannya tidak memegang stering keretanya, kedua dua tangannya digengam kuat dek terlalu nervous. Haffiz yang duduk sebelah Malik hanya tersenyum melihat sepupunya itu.
"Kau betul betul tekad nak beritahu dia yang kau suka dia? Dalam dua minggu, takk.. kurang dari dua minggu lagi kau pergi Australia. Kau rasa adil ke apa yang kau nak buat kat dia? Lepas kau confess cinta kau kat dia, kau nak pergi tinggalkan Sara disini? Sampai bila kau nak biarkan dia menunggu kau? Daripada kau menyeksa dia, lebih baik saja kau biarkan dia bersama lelaki lain," suara yang keluar dari mulut Haffiz benar benar tegas. Terkejut Malik bila dengar kata kata si sepupu.
"Aku akan minta Ayah untuk...,"
"Kau betul betul fikir Uncle akan dengar kata kau? Even aku faham perangai Uncle. Lagipun, sekalipun kau dapat pujuk Uncle untuk mengurangkan masa kau di Australia, kau pasti kah Uncle akan menerima Sara? Kau ni... tak pernah nak fikir betul betul kan?"
Malik memandang tajam si sepupu. Entah mengapa, Si Haffiz seakan akan lebih tegas dan serius dari biasa. Wajah Malik kelihatan berang dengan kata kata Haffiz. Sakit hatinya bila Haffiz seperti tidak mahu dia memberitahu Sara perasaannya. "Semuanya akan aku fikirkan. Semuanya akan baik baik saja. Selagi Sara ada bersama aku, semuanya akan aku dapat tempuhi. Itu lah apa yang aku percaya!" Tangan Malik ingin membuka tombol pintu keretanya, mahu saja rasanya untuk berlari pantas pada Sara. Hatinya ingin menguturkan rasa cinta. Hatinya ingin Sara mengetahui perasaannya...
"Tapi kau pasti ke Sara masih menyimpan perasaan suka dia kat kau?" Kata kata Haffiz seolah olah membeku si Malik. "Kita tak tahu hati manusia. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Macam biskut," sambung si Haffiz dengan muka selamba.
"Biarlah kalau dia dah tak suka aku. Aku akan berusaha untuk memgembalikan cinta dia yang hilang. Aku sudah bertekad, Haffiz. Apa sekali pun yang kau nak kata kat aku, aku takkan hilangkan niat aku untuk pergi mengatakan cinta kat dia," itulah kata kata terakhir sebelum Malik betul betul meninggalkan sepupunya di dalam kereta miliknya. Kaki Malik pantas meninggalkan keretanya dengan sepupunya.
"Haa.. Malik. Aku dah bagi kau semangat. Jangan kau tak pergi luahkan perasaan kau pulak," utur kecil si Haffiz dengan senyuman lebar. Suka benar hatinya bila Malik dengan pantasnya keluar dari keretanya setelah mendengar kata katanya.
~.....~......~
Malik berlari laju memasuki bangunan tu. Kakinya langsung tak berhenti sehinggalah dia sudah berada tidak jauh dari kedai Sara. Tak sampai dua puluh jarak pun. Kakinya yang tadi laju seakan kilat kini secara perlahan menghampiri kedai tu. Hati dia dapat dia rasakan berdebar laju dek larian tadi. Dia akui dia nervous tapi ini sudah tekadnya. Dia mahu Sara tahu akan perasaanya..
"Assalamualaikum," utur Malik setibanya dia tepat dihadapan kedai itu. There is no turning back, this is it...., bisik si Malik dengan senyuman manis terukir di wajahnya.
"Waalaikumussalam," keluar seorang perempuan yang dalam lingkungan 30-an. Raut wajah Malik terkejut apabila salamnya disahut oleh orang lain. Dimana Sara!?!
"Ermmm... boleh tanya tak? Mana perempuan yang selalu kerja sini ye?" Soalnya dengan hati sedikit berdebar debar.
"Maksud encik, yang kerja sebelum saya ke?"
Ehh... apa yang perempuan ni cakapkan.
"Dia sudah berhenti kerja. Saya pekerja baru disini. Kenapa ya?" Soalnya dengan wajah yang selamba.
Berhenti!?!?, terkejut Malik bila dengar. Kenapa pulak Sara berhenti ni? "Awak tahu tak dia mana sekarang?" Soal Malik dalam keadaan panik. Dimana dia nak cari Sara ni?
"Maaf encik. Saya tak tahu," balas pekerja baru tu.
"Kau cari Sara ke?" Terdengar suara perempuan lain dari belakangnya. Malik dengan serta merta menoleh pada empunya suara.
"Yes," balas pendek si Malik sambil menatap wajah gadis itu. Berkerut dahinya untuk mencuba mengingati si gadis. Macam pernah tengok.... eh! Bukan kah dia ni... "Kau kawan Sara kan? Kau tahu dia dimana?"
"Kenapa kau nak jumpa dia?"
"Aku....aku ada hal penting yang nak bagitahu dia."
Zura memandang tajam pada Malik. "Hal penting?"
"Yes! Something important. I want to tell her something that I want her to know," balas Malik seakan akan mendesak Zura untuk memberitahunya akan keberadaan Sara.
Zura terdiam seketika... teringat dia dengan apa yang terjadi subuh tadi. Zura yang baharu selesai menunaikan solat Subuh, mendapat panggilan telefon dari Sara. Sahabatnya menjelaskan padanya bahwa dia sudah tidak lagi bekerja. Walaupun Sara lewat dalam pemberitahuannya, Zura hanya dapat terima dengan hati yang berat. Dia dapat rasakan Sara merasa bersalah kerana tidak memberitahunya dari awal lagi...
"Kau tahu tak dia dimana?" Desak si Malik, membangunkan Zura dari angannya.
"Boleh tak kau bagitahu aku dulu apa yang kau nak cakap kat dia?" Soal Zura, menginginkan rahsia disebalik desakannya untuk berjumpa Sara.
"Aku nak beritahu dia perasaan aku kat dia! Aku nak dia tahu yang aku menyimpan perasaan kat dia!" Balas Malik tanpa berfikir dulu. Hatinya yang dari tadi ingin berjumpa dengan Sara, membuatnya menguturkan perkataan itu tanpa berfikir. Raut wajah Zura terkejut mendengar penjelasan Malik...
Zura, walau agak terkejut, mengambil secebis kertas kecil dan mulai menulis sesuatu di kertas itu. "Nah," utur si Zura, menyerahkan cebisan kertas kecil tu. "Ini alamat rumah dia dan number telefon dia," sambungnya dengan senyuman kecil. "Walaupun aku tahu aku tak patut bagi infomasi ni dengan senang je, aku nak Sara tahu. Aku nak kau pergi kat dia dan luahkan segala galanya kat dia."
"Thank you," balas Malik, mengambil kertas itu dari gengaman Zura. Kakinya baru sahaja ingin melangkah, Zura memanggilnya.
"MALIK!"
Si jejaka menoleh kepada si gadis...
"Kalau kau sakitkan Sara, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing!"
Malik cuma senyum mendengar declaration Zura. Di berikan angukan kepala sebelum melangkah pantas ke keretanya...
"Sara... tunggu lah aku!" Bisik Malik di hatinya....
![](https://img.wattpad.com/cover/19771615-288-k489184.jpg)
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomansaSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...