PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Witir, Korban dan Duha
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ هُنَّ عَلَيَّ فَرَائِضُ وَهُنَّ لَكُمْ تَطَوُّعٌ الْوَتْرُ وَالنَّحْرُ وَصَلَاةُ الضُّحَى
Daripada Ibn Abbas RA, Ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat bagi kamu : sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang duha. (HR Ahmad No 1946) Status: Isnad Dhaif
Pengajaran:
1. Ada amalan yang wajib dilaksanakan oleh Rasulullah SAW namun bagi kita sebagai umatnya amat digalakkan jika dapat dilaksanakan.
2. Solat sunat witir dan solat sunat duha jika tidak buat hari ini.. esok atau lusa masih sempat...ibadat korban..jika kita terlepas tahun ini..setahun lagi kena tunggu.. bimbang tidak sempat. untuk kita laksanakan
3. Ibadat korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik amat digalakkan untuk mereka yang berkemampuan.
4. Orang yang melaksanakan ibadat korban adalah tanda orang bertakwa. Firman Allah:
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
"Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketakwaan hati" (Al-Hajj: 32)
5. Berusahalah setiap kali kedatangan Aidil Adha untuk mengerjakan ibadah korban. Moga ia menjadi bukti ketakwaan kita.
Mari kita keluarkan wang yang ada untuk membeli bahagian korban. Penyertaan korban masih dibuka antaranya melalui MyCare 03-89412341 @ 018-9677215 untuk korban di pelbagai lokasi yang kosnya berpatutan.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor14hb Ogos 2018
02hb Zulhijjah 1439Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD