PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sunat Bertakbir Bermula 9hb hingga 13hb Zulhijjah
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ
Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim No: 1111) Status : Isnad Sahih
Pengajaran:
1. Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Aidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).
2. Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad (terikat) iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah.
3. Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat fardhu bermula pagi 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.
4. Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.
5. Namun bagi orang yang berihram untuk mengerjakan ibadat haji, mengucapkan talbiah lebih afdhal.
Afdhal bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji untuk melaksanakan takbir selepas solat bermula 9hb Zulhijjah.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor19hb Ogos 2018
07hb Zulhijjah 1439Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD