Larangan Berzina Membunuh dan Murtad

19 0 0
                                    

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Larangan Berzina  Membunuh dan Murtad

عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيْبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

Daripada lbnu Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah (Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah) kecuali  disebabkan salah satu daripada tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah (murtad). (HR Bukhari No: 6484) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, itu bermakna terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Tidak boleh sesiapa menumpahkan darahnya termasuk dirinya sendiri.

2.  Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara’.

3.  Tiga sebab yang membatalkan penjagaan dan pemeliharaan terhadap darah, jiwa dan maruahnya iaitu apabila dia:

a.  Berzina setelah berkahwin
b.  Membunuh dengan sengaja tanpa hak
c.  Murtad atau sengaja meninggalkan agama

4.  Sesungguhnya agama yang disepakati adalah yang dipegang oleh jamaah kaum muslimin, maka wajib dijaga dan tidak boleh keluar darinya.

5.  Islam mengajar betapa pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian agama, diri, keluarga dan masyarakat.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

31hb Januari 2019
25hb Jamadil Awal 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

...Where stories live. Discover now