PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Dari Ibnu Abbas ia berkata; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah". (Sunan Tirmidzi No:1563) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim mengharapkan ganjaran dan balasan syurga di hari akhirat kelak.
2. Antara orang yang dijauhi api neraka dan ditempatkan kedalam syurga ialah pemilik mata yang menangis kerana takut dan gerun seksaan api neraka yang menjadikan dirinya sentiasa takut jika tidak dapat melaksanakan ketaatan dan menjauhi larangan dengan bersungguh-sungguh.
3. Orang yang juga dijauhi api neraka di hari akhirat nanti ialah pemilik mata yang sentiasa bekerja, berdakwah dan berjihad disetiap ruang dan penjuru demi memastikan Islam berkembang dan tersebar di setiap pelusuk dunia.
4. Mata yang berjaga tanpa mengenal penat lelah bekerja dan menyumbang untuk dakwah seperti melalui penulisan, membuat kajian dan penemuan demi memuliakan Islam.
5. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan satu daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan dari Allah:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ…. وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Tujuh (orang) yang akan diberi naungan oleh Allah pada naungan-Nya di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya…… seorang laki-laki yang mengingati Allah di tempat yang sunyi sehingga kedua matanya menitiskan air mata”.[HR. Bukhâri No:. 660) Status: Hadis Sahih
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor02hb November 2018
24hb Safar 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD