PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Seksaan Neraka
عَنْ سَمُرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ النَّارُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ إِلَى حُجْزَتِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ إِلَى عُنُقِهِ
Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda: “Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.” (HR Muslim No: 5079) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seksaan neraka adalah bertahap-tahap mengikut amalan yang dilakukan oleh golongan pendosa dan kufur.2. Terdapat penghuni neraka yang dibakar api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.
3. Umat Islam disuruh supaya menjauhi perbuatan jahat dan maksiat untuk mengelakkan diri daripada seksaan Allah SWT.
4. Rasulullah SAW menyebut seksaan neraka yang mengerikan adalah untuk menakutkan umatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara yang disuruh yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam azab tersebut.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor27hb November 2018
19hb Rabiul Awal 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD