PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Menyayangi Untuk Disayangi
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” (HR Tabrani No: 1460) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang menyayangi makhluk tanpa mengira manusia mahupun binatang, Allah dan segala makhluk di langit akan menyayanginya.
2. Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani. Jauh dari sifat dendam, bongkak dan sombong.
3. Orang yang tidak menyayangi orang lain, akan jauh daripada kebaikan. Hadis Nabi SAW:
عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ
Dari Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan dari kebaikan. (HR Muslim No: 4694) Status: Hadis Sahih
4. Berusahalah menyayangi orang lain dengan memberikan hak-hak mereka. Jika mereka meminta pertolongan, bantulah mereka, jika mereka mereka meminta nasihat, nasihatilah, jika mereka sakit maka ziarahilah.
5. Jauhi perasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor30hb September 2018
20hb Muharam 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD