Malu Kepada Allah

14 2 0
                                    

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu Kepada Allah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Berkata Ibnu Masud: Wahai Rasulullah, kami malu, alhamdulillah. Baginda bersabda: "Bukan itu, tapi malu kepada Allah yang sebenarnya adalah engkau menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu mengingati kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (HR Tirmidzi   No: 2382). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

Mukmin yang benar-benar memiliki sifat malu kepada Allah ialah yang;

a.  Menjaga dan memelihara kepala serta seluruh pancaindera di kepala seperti mata, telinga, mulut daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Di samping menjauhi syirik iaitu kepalanya tidak tunduk kepada selain Allah.

b.  Menjaga dan memelihara perut daripada makan dan minum sesuatu yang haram dan berdosa.

c.  Sentiasa mengingati mati dan bau busuknya tubuh badan apabila mati nanti

d.  Meninggalkan perhiasan dunia (tidak bertungkus lumus mencari dunia sehingga melalaikan kehidupan akhirat).

Ayuh kita berusaha memiliki sifat malu kepada Allah dengan menghias diri dengan sifat di atas.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

15hb Februari 2019
10hb Jamadil Akhir 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

...Where stories live. Discover now