PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ukuran Menggunakan Air Ketika Berwuduk
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ وَيَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ
Dari Anas RA dia berkata, "Nabi SAW berwuduk dengan satu mud dan mandi dengan satu sha' (empat mud) hingga lima mud." (HR Muslim No: 490) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar kita agar sentiasa berjimat termasuk dalam berwuduk.
2. Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml. air
Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air.3. Nabi SAW berwuduk dengan 750 ml air dan menggunakan 3 liter air untuk mandi wajib (satu amalan sunnah untuk diikuti dengan tidak membazirkan air).
4. Al-Marwazi r.h menyebutkan: Sesungguhnya Imam Ahmad apabila berwuduk, hampir tidak membasahi bumi / tanah tempat ia berwuduk.
Ayuh berjimat menggunakan air. Jika berwuduk dan mandi ada hadnya, apatah lagi untuk kegunaan lain. Jimatkan penggunaan air!.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor07hb Disember 2018
29hb Rabiul Awal 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD