PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Tuntutan Bersiwak
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلَاةٍ
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya tidak memberatkan ummatku atau manusia, nescaya aku akan perintahkan kepada mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) pada setiap kali hendak solat." (HR Bukhari No: 838) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bersiwak (menggosok gigi) adalah antara sunah yang mudah dan paling kerap dilakukan oleh Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW sentiasa bersiwak (menggosok gigi) dan amat menggalakkan umatnya agar menggosok gigi setiap kali hendak melaksanakan solat.
3. Kebersihan dituntut kepada setiap Muslim antaranya kebersihan mulut dan gigi lebih-lebih lagi ketika melaksanakan ibadat solat (bertaqarub).
4. Bersiwak atau menggosok gigi memiliki faedah yang banyak antaranya mulut akan sentiasa bersih, gigi menjadi puteh dan sihat, menghilangkan bau kurang enak yang keluar dari mulut, dan lain-lain.
5. Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam Fiqhul Islami wa Adillatuhu menyebutkan: “Telah sepakat para ulama bahawasanya bersiwak adalah sunnah muakkadah kerana anjuran Rasulullah SAW dan baginda sentiasa melakukannya dan kecintaan baginda serta ajakan baginda kepada siwak tersebut.”
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor08hb November 2018
30hb Safar 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD