PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Dengki Yang Dibenarkan
عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا
Dari Abdullah bin Masud RA, Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh mendengki kecuali pada dua perkara; (1) Orang yang Allah berikan harta lalu dia pergunakan harta tersebut di jalan kebenaran (mengalahkan perasaan kikirnya) dan (2) Orang yang Allah berikan hikmah (ilmu) lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain".(HR Bukhari No: 71) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dengki dan iri hati kepada orang hanya dibenarkan dalam dua perkara dan kita ingin menjadi seperti mereka iaitu:
a. Orang yang Allah berikan harta lalu dia menggunakan harta tersebut di jalan yang benar (mengalahkan perasaan kikirnya) seperti bersedekah, berwakaf, memberi hadiah
b. Orang yang Allah berikan ilmu lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain
2. Dilarang kita memiliki sifat dengki dengan kelebihan orang lain dengan hasrat kelebihan itu hilang daripadanya.
3. Kita dilarang menghilangkan kelebihan dan nikmat yang ada pada orang lain serta berusaha memindahkan pada diri kita.
4. Sifat iri hati yang dibenarkan ialah ingin mencontohi kelebihan orang yang memiliki harta dan memiliki ilmu untuk turut menjadi seperti mereka.
Bersifat rahmah dengan harta dan ilmu.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor08hb September 2018
27hb Zulhijjah 1439Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD