Sayangi Orang Lain

22 1 0
                                    

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sayangi Orang Lain

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

Daripada Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain." (HR Bukhari  No: 6828) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain.

2.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang dalam masyarakat dan negara.

3.  Antara cara menyayangi orang lain adalah dengan memberikan hak-hak mereka. Ada hak sesama muslim, hak kerabat, hak jiran juga hak kemanusiaan.

4. Setiap orang memiliki hak kemanusiaan yang wajib dipenuhi. Jika mereka meminta pertolongan, bantulah mereka, jika mereka mereka meminta nasihat, nasihatilah, jika mereka sakit maka ziarahilah, malahan jika mereka melakukan larangan, berusahalah menghalang daripada diteruskan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

01hb Oktober 2018
21hb Muharam 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

...Where stories live. Discover now