PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Solat Jumaat dan Khutbah Yang Baik
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ كُنْتُ أُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَوَاتِ فَكَانَتْ صَلَاتُهُ قَصْدًا وَخُطْبَتُهُ قَصْدًا
Daripada Jabir bin Samurah ia berkata; "Kami telah beberapa kali solat (Jumaat) bersama Rasulullah SAW, maka solat dan khutbah beliau adalah pertengahan (tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek)." (HR Muslim No:1434) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Cara melaksanakan sembahyang jumaat mempunyai peraturan yang tertentu yang boleh dipatuhi oleh imam dan makmum sekalian.2. Disunatkan memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah kerana khutbah yang pendek tidak menjemukan orang ramai. Sebaik-baik ucapan adalah yang pendek dan memberi faham.
3. Maksud khutbah pendek ialah isinya yang ringkas, padat, terang dan bernas serta mudah difahami oleh jemaah dan sembahyang yang panjang berbanding dengan khutbah.
4. Sebaik-baiknya khutbah ialah yang bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan supaya nasihat yang diberikan di dalam khutbah itu benar-benar memberi kesan kepada jemaah.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor05hb Oktober 2018
25hb Muharam 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD