Sentiasa Berwuduk

8 0 0
                                    

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sentiasa Berwuduk

أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ الْوُضُوءِ فَقَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ وَكُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ

Abu Asad bin Amru dia berkata; Saya pernah bertanya kepada Anas bin Malik tentang cara berwuduk. Maka dia menjawab; Nabi SAW biasa berwuduk untuk setiap kali akan mengerjakan solat. Dan kami pun pernah mengerjakan beberapa solat dengan sekali wuduk. (HR Abu Daud  No: 146) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang baik akhlaknya akan sentiasa berwuduk.

2.  Biasakanlah berwuduk untuk memudahkan urusan menunaikan solat apabila masuk waktu.

3.  Boleh memperbaharui wuduk untuk setiap kali solat.

4.  Boleh juga melaksanakan beberapa solat dengan satu kali wuduk.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

12hb Disember 2018
04hb Rabiul Akhir 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

...Where stories live. Discover now