PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Menyaksikan Penyembelihan Korban
عن عمران بن حصين أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لفاطمة : يا فاطمة قومي إلى أضحيتك فاشهديها فإنه يغفر لك عند أول قطرة تقطر من دمها كل ذنب عملتيه
Dari Imran bin Husain, Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda kepada Fatimah: “Ya Fatimah, pergi dan saksikanlah korbanmu kerana keampunan diberikan kepadamu pada saat titisan darahnya yang pertama untuk setiap dosa yang telah engkau lakukan” (HR Baihaqi No :7632) Status: Sahih Isnad
Pengajaran:
1. Orang yang menyertai ibadat korban sebaiknya menyembelih sendiri binatang korban mereka.
2. Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyembelih, boleh mewakilkan kepada tukang sembelih namun sunnah baginya untuk hadir dan melihat penyembelihan dilaksanakan.
3. Digalakkan menyaksikan korban termasuk kaum wanita di samping dapat berdoa semasa sembelihan dilakukan semoga dosa diampunkan sebaik sahaja titisan darah menitis ke bumi.
4. Antara doa orang yang berkorban semasa melihat korban dilaksanakan :
اللهم تقبل منِّى
(Ya Allah terimalah ibadah korban daripadaku ini)
Bagi yang berkemampuan untuk menyempurnakan penyembelihan eloklah dapat turut serta menyaksikan penyembelihan dan berdoa agar Allah menerima ibadah kita.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor17hb Ogos 2018
05hb Zulhijjah 1439Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD