PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Empat Kalimah Yang Paling Disukai Allah
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ
Daripada Samrah bin Jundab ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah Subhanahu Wa Ta'ala; Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ [Maha Suci Allah], Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ [Segala Puji Bagi Allah], Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ [Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah] dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ [Allah Maha Besar]. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai. (HR Muslim No: 2137/12) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir kepada Allah.
2. Empat lafaz zikir yang disukai Allah untuk diucapkan oleh setiap Muslim :
a. Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ [Maha Suci Allah]
b. Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ [Segala Puji Bagi Allah]
c. Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ [Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah]
d. Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ [Allah Maha Besar].
3. Boleh sahaja zikir itu dimulai mana-mana terlebih dahulu sama ada tasbih atau tahmid atau tahlil juga takbir. Dalam hadis yang lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
Dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah SAW telah bersabda: 'Sesungguhnya membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar) adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena oleh sinar matahari.'"(HR Muslim No: 4861) Status: Hadis Sahih
Semoga lidah kita sentiasa basah dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir setiap masa.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor26hb Oktober 2018
17hb Safar 1440Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikramIngin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD